SEPANG 20 Sept. – Semua pihak diminta menunggu hasil siasatan pihak berkuasa berhubung penahanan pemimpin kanan GISB Holdings (GISBH) termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan isterinya semalam.
GISBH dalam kenyataan di Facebook, berkata mereka turut menghormati tugas dijalankan pihak berkuasa yang berlandaskan keadilan undang-undang.
“Kami sedia maklum bahawa pengerusi, CEO dan beberapa kepimpinan GISBH kini ditahan pihak berkuasa berhubung isu GISBH.
Justeru kami memohon kerjasama daripada semua pihak dan doa supaya kekusutan serta kesulitan ini terlerai dengan segera agar keadilan untuk semua pihak ditegakkan,” katanya.
Media melaporkan, pengerusi yang juga CEO GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali, bersama 18 yang lain direman selama tujuh hari bermula, semalam.
(keratan laporan BH)
Nnn
