Zakaria Shaaban dilantik KP Imigresen

PUTRAJAYA  17 Sept. – Timbalan Ketua Setiausaha Pendayaupayaan Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Zakaria Shaaban dilantik sebagai Ketua Pengarah Imigresen yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Zakaria yang pernah menjawat Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan) menggantikan Ruslin Jusoh yang dilantik ke jawatan itu sejak 22 Mac 2023.

Pelantikan Zakaria dimaklumkan menerusi perkongsian poster penghargaan dan ucapan tahniah di akaun Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang turut merakamkan penghargaan kepada Ruslin.

Sementara itu, Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Ketua Pengarah Imigresen oleh Ruslin kepada Zakaria diadakan di Dewan Hamka Ibu Pejabat JIM, di sini hari ini.

Majlis itu turut meraikan Ruslin pada Majlis Paluan Berundur yang dimulakan dengan ucapan oleh YBrs. Tuan Ismail bin Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan) Tuan Ismail Mokhtar diikuti ucapan Ruslin.

Ruslin turut melakukan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Imigresen .

(Foto JIM)

Nnn

 

Related posts

Leave a Comment