PUTRAJAYA 13 Sept. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membawa isu berkaitan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) ke Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata, langkah itu bagi memutuskan persoalan berkaitan akidah. Katanya, jawatankuasa khas juga akan ditubuhkan bagi menjalankan siasatan dan kajian terperinci terhadap doktrin fahaman kumpulan GISBH bagi proses pembanterasan hingga akar umbi dan ajaran menyeleweng. Jawatankuasa itu akan diselia Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama)…
Read MoreDay: September 13, 2024
Pejuang sokong calon PN
KLUANG 13 Sept. – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyatakan sokongan kepada calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini. Presidennya, Mukhriz Mahathir, berkata parti itu masih berpegang teguh dengan prinsip iaitu akan bersama dengan pihak selain UMNO. “Kita sudah bincangkan perkara ini secara dalaman dan kita rasakan mungkin belum sesuai masanya lagi untuk Pejuang menawarkan diri bertanding dalam PRK (Mahkota) “Jadi di PRK ini kami tak menawarkan calon, tetapi tak bermakna kita tak boleh bergerak untuk memahami apa sebenarnya…
Read MoreBerita pilihan…
Microsoft mansuh 60 pekerjaan
ISTANBUL – Microsoft syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) akan memansuhkan 650 pekerjaan di unit permainan Xbox. Menurut satu memo yang diterbitkan dalam beberapa laporan berita, langkah itu untuk mengatur semula perniagaannya bagi “kejayaan jangka panjang”, Microsoft berkata pekerja yang meninggalkan syarikat akan menerima pakej pampasan merangkumi faedah pemberhentian, penjagaan kesihatan lanjutan dan perkhidmatan bantuan penempatan kerja. Pakej pampasan akan berbeza di luar AS, bergantung kepada lokasi. Langkah ini merupakan kali ketiga Microsoft mengurangkan tenaga kerja dalam bahagian permainan selepas menyelesaikan perjanjian pemerolehan syarikat permainan video Activision Blizzard bernilai…
Read MoreIsu ketegangan dengan China fokus Quad
WASHINGTON – Mesyuarat empat negara Amerika Syarikat (AS), Australia, India, dan Jepun di Wilmington, Delaware pada 21 September ini akan tertumpu kepada ketegangan dengan China Menurut Rumah Putih hari ini, mesyuarat Kumpulan Quad itu pertama kali diadakan di Wilmington, kampung halaman Presiden AS, Joe Biden. Sidang kemuncak ini berlangsung ketika Biden menilai legasi dasar luar beliau dalam bulan-bulan akhir sebagai presiden selepas menarik diri dari pilihan raya AS 2024 dan secara efektif menyerahkan pencalonan Parti Demokratik kepada naib presiden, Kamala Harris. “Ini akan menjadi kali pertama Presiden Biden menjadi tuan…
Read More