ISTANBUL – Microsoft syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) akan memansuhkan 650 pekerjaan di unit permainan Xbox.
Menurut satu memo yang diterbitkan dalam beberapa laporan berita, langkah itu untuk mengatur semula perniagaannya bagi “kejayaan jangka panjang”,
Microsoft berkata pekerja yang meninggalkan syarikat akan menerima pakej pampasan merangkumi faedah pemberhentian, penjagaan kesihatan lanjutan dan perkhidmatan bantuan penempatan kerja.
Pakej pampasan akan berbeza di luar AS, bergantung kepada lokasi.
Langkah ini merupakan kali ketiga Microsoft mengurangkan tenaga kerja dalam bahagian permainan selepas menyelesaikan perjanjian pemerolehan syarikat permainan video Activision Blizzard bernilai AS$69 bilion pada Oktober 2023.
Syarikat itu pada akhir Januari tahun ini mengumumkan bahawa ia akan memberhentikan sembilan peratus daripada bahagian permainan, beberapa bulan selepas perjanjian itu selesai.
