SEPANG 10 Sept. – Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam darah dan merebak ke paru-paru sehingga hati, kata isteri Allahyarham, Marina Lee Abdullah.
Beliau memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran Facebook Malaysia Today pagi ini.
Katanya, suaminya telah meninggal dunia pada pukul 11.26 malam semalam (9 September) di Manchester, United Kingdom (UK).
“Semoga Allah letakkan beliau bersama roh syuhada dan orang salihin,” katanya.
Raja Petra yang menetap di Manchester sejak beberapa tahun lalu mengendalikan laman web Malaysia Today, yang menerbitkan ulasan dan artikel mengenai politik Malaysia, yang sering menjadi kontroversi. yang menetap di Manchester sejak beberapa tahun lalu.
