‘Coach Haizan’ calon PN PRK DUN Mahkota

KLUANG 10 Sept. – Bekas pemain bola sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar, dipilih sebagai calon Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, 28 September ini. Mohamad Haizan yang mesra disapa sebagai ‘Coach Haizan’, 61, adalah anak jati Layang-Layang, Renggam, memiliki kelulusan Diploma Kecergasan dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin, mengumumkan calon yang bakal mewakili gabungan itu, di hadapan jentera parti di Bilik Gerakan Utama PN DUN Mahkota di Kampung Melayu, di sini, malam ini. Katanya, Coach Haizan amat…

Read More

Adakan sesi libat urus pensijilan halal

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), mencadangkan sesi libat urus terutama bersama peniaga kecil bumiputera  sebelum pensijilan halal diwajibkan kepada semua restoran yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol. Presiden Presma Jawahar Ali Taib Khan berkata, langkah itu adalah untuk memahami cabaran yang dihadapi peniaga dari sudut kekangan kewangan susulan kos yang tinggi untuk proses permohonan dan pematuhan pensijilan halal.. Katanya, cadangan itu memerlukan kajian lebih mendalam serta menyeluruh dan, kerajaan harus menyuntik kesedaran dan galakan kepada pemegang taruh terlebih dahulu sebelum mewajibkan pelaksanaan tersebut.…

Read More

Dr Akmal sedia jumpa Teresa di mahkamah

SEPANG 10 Sept. –  Dr Muhamad Akmal Saleh tidak gentar berdepan tindakan mahkamah yang mungkin akan difailkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, terhadapnya susulan kenyataan berkaitan isu pensijilan halal. Menerusi video pendek yang dikongsikan melalui Facebook beliau, malam ini, Ketua Pemuda UMNO itu berkata, beliau tidak bimbang untuk berdepan tindakan undang-undang terbabit, malah bersedia ‘berjumpa’ Teresa di mahkamah. “Hari ini, apabila Teresa Kok dipanggil ke ibu pejabat polis tadi, beliau mengeluarkan kenyataan mempertimbangkan untuk saman saya di mahkamah. Saya nak beritahu kepada Teresa Kok… bring in on, I am not afraid……

Read More

Siapa sebenarnya mulakan kontroversi

SEPANG 10 Sept. – Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim mempersoalkan siapakah yang memulakan kontroversi berhubung pensijilan halal mandatori di kedai-kedai makan bukan Islam. “Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) atau Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Mohd Naim Mokhtar?,” tanya beliau dalam satu hantaran di Facebooknya semalam. Katanya, Teresa memberikan kenyataan sebagai reaksi terhadap kenyataan terbuka Dr. Mohd Naim, satu cadangan dasar awam berkaitan satu peraturan mandatori dari segi peraturan yang sedang dikaji oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Hassan turut mengemukakan tiga soalan,  pertama  adakah cadangan berkenaan pensijilan halal mandatori…

Read More

Kertas siasatan siap dalam dua hari

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Kertas siasatan membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akan disiapkan dalam tempoh dua hari sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain. Beliau berkata, proses merakam percakapan Teresa selesai hari ini dan siasatan sedang dilengkapkan tetapi, masih ada saksi lain yang ada kepentingan dalam siasatan ini akan dipanggil. Razarudin berkata, setakat pukul 12 tengah hari, sebanyak 50 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kenyataan pensijilan halal oleh Ahli Parlimen Seputeh itu. Terdahulu, Teresa Kok hadir di…

Read More

Pendirian DAP, Teresa Kok tidak bersalah

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mengulang kenyataannya sebelum ini bahawa beliau tidak pernah mempersoalkan peranan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) termasuk langkah pematuhan sijil halal. Naib Pengerusi DAP itu berkata, sebagai seorang wakil rakyat, beliau berhak untuk menyuarakan kebimbangan dan masalah rakyat berbilang kaum. Katanya , beliau mempunyai tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah rakyat dan meminta kerajaan mengkaji semula cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. “Saya tidak mempersoalkan mengenai sijil halal, peranan Jakim dan agama Islam,” katanya kepada pemberita…

Read More

Meninggal akibat jangkitan kuman dalam darah

SEPANG 10 Sept. – Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam darah dan merebak ke paru-paru sehingga hati, kata isteri Allahyarham, Marina Lee Abdullah. Beliau memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran Facebook Malaysia Today pagi ini. Katanya, suaminya telah meninggal dunia pada pukul 11.26 malam semalam (9 September) di Manchester, United Kingdom (UK). “Semoga Allah letakkan beliau bersama roh syuhada dan orang salihin,” katanya. Raja Petra yang menetap di Manchester sejak beberapa tahun lalu mengendalikan laman web Malaysia Today, yang menerbitkan ulasan dan artikel mengenai politik Malaysia, yang…

Read More

Sesi tetap Majlis Hak Asasi PBB

GENEVA: Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memulakan sesi tetap ke-57 semalam (Isnin) yang akan berlangsung sehingga 11 Oktober bagi menangani isu hak asasi manusia di pelbagai bahagian dunia. Menurut laporan media, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk,dalam ucapannya menekankan “menghentikan peperangan itu dan mengelakkan konflik serantau yang lebih besar adalah keutamaan yang sangat mendesak.” Begitu juga, keadaan lebih meluas yang melanggar undang-undang di wilayah Palestin yang diduduki akibat dasar dan amalan Israel, seperti yang dinyatakan dengan jelas oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam Pendapat Nasihatnya pada…

Read More

RUU larang ‘deepfake’ semasa pilihan raya

SINGAPURA 10 Sept. – Singapura semalam mencadangkan undang-undang baharu yang akan melarang penerbitan kandungan “deepfake” termasuk bahan audio, visual atau audiovisual mengenai calon semasa tempoh pilihan raya umum. Rang Undang-Undang Pilihan Raya (Integriti Pengiklanan Online) dibentangkan Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) yang akan memperkenalkan undang-undang terhadap kandungan dihasilkan secara digital atau yang disunting. Ia termasuk maklumat salah yang dijana oleh Kecerdasan Buatan (AI), yang dikenali sebagai ‘deepfake’. RUU itu mencadangkan larangan penerbitan iklan pilihan raya dalam talian (OEA) yang dijana atau dimanipulasi secara digital, bermula dari pengeluaran Writ Pilihan…

Read More