OPERASI bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB);di Gaza dihentikan selepas Israel mengeluarkan arahan pemindahan baharu untuk Deir Al-Balah di tengah Gaza.
Seorang pegawai kanan PBB berkata, pihaknya tidak dapat menghantar bantuan semalam dengan keadaan yang dihadapi bagaimanapun menegaskan tidak akan meninggalkan Gaza kerana rakyat memerlukan mereka.
“Kami cuba mengimbangi keperluan penduduk dengan keperluan keselamatan dan perlindungan kakitangan PBB,” katanya.
Pegawai itu berkata, kakitangan PBB di lapangan telah diarahkan untuk mencari cara untuk terus beroperasi.
Pegawai itu juga menyatakan bahawa PBB telah memindahkan operasi komando utamanya untuk ke Semenanjung Gaza dan kebanyakan kakitangan PBB akan ke Deir Al-Balah selepas Israel mengarahkan pemindahan Rafah di selatan Gaza.
Nnn
