KUALA LUMPUR 27 Ogos – Permohonan menambah kuota bagi jemaah haji Malaysia turut dibincangkan sempena lawatan rasmi Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr. Tawfiq Fawzan Muhammed AI-Rabiah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perbincangan juga berkaitan usaha meningkatkan tahap perkhidmatan serta kemudahan di Tanah Suci terutamanya di Masya’ir. “Usaha ini pastinya dapat membantu pengurusan pihak Lembaga Tabung Haji yang kini telah mula melaksanakan persediaan awal bagi musim haji 1446H,” katanya dalam satu kenyataan berhubung lawatan itu. Beliau menyifatkan lawatan kedua Tawfiq Fawzan…
Read MoreDay: August 27, 2024
Muhyiddin minta dibicarakan
GUA MUSANG 27 Ogos – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas tuduhan mengeluarkan perkataan menghasut di Felda Perasu, di sini, pada 14 Ogos lalu. Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri. Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dan menjadualkan perbicaraan seterusnya pada 4 November. Muhyiddin yang juga Pengerusi Bersatu tiba di Mahkamah Sesyen Gua Musang, di sini, pukul 8.43 pagi dengan diiringi pimpinan parti…
Read MoreBerita pilihan…
Jerman derma 100,000 dos vaksin mpox
BERLIN – Jerman menderma 100,000 dos vaksin mpox daripada stok tenteranya kepada negara Afrika yang terjejas akibat penyakit itu. Jurucakap kerajaan Steffen Hebestreit berkata, dalam jangka sederhana Jerman bersama rakan kongsi Eropah, juga akan menyokong Kesatuan Afrika dalam menubuhkan pengeluaran vaksin tempatan. Kerajaan Jerman menyokong negara yang terjejas, seperti Republik Demokratik Congo, melalui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan wang dan juga membawa kepakaran daripada institusi pakar Jerman. Makmal bergerak untuk mengesan virus itu akan dihantar ke Republik Demokratik Congo dan pakar sedang dilatih untuk mengenali gejala penyakit dan mendidik penduduk…
Read MorePBB tidak akan tinggalkan Gaza
OPERASI bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB);di Gaza dihentikan selepas Israel mengeluarkan arahan pemindahan baharu untuk Deir Al-Balah di tengah Gaza. Seorang pegawai kanan PBB berkata, pihaknya tidak dapat menghantar bantuan semalam dengan keadaan yang dihadapi bagaimanapun menegaskan tidak akan meninggalkan Gaza kerana rakyat memerlukan mereka. “Kami cuba mengimbangi keperluan penduduk dengan keperluan keselamatan dan perlindungan kakitangan PBB,” katanya. Pegawai itu berkata, kakitangan PBB di lapangan telah diarahkan untuk mencari cara untuk terus beroperasi. Pegawai itu juga menyatakan bahawa PBB telah memindahkan operasi komando utamanya untuk ke Semenanjung Gaza dan…
Read More