KUALA LUMPUR 21 Ogos – Malaysia terpaksa berbincang dengan pemimpin di Palestin untuk membawa keluar rakyat mereka untuk diberikan rawatan kesihatan di negara ini kerana enggan meninggalkan negara itu. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan, rakyat Palestin itu sebaliknya rela mati di tanah air mereka sendiri. “Bagi mereka, nak mati, matilah di tanah air sendiri. Saya bincang dengan pemimpin Palestin (untuk urusan bawa keluar ke Malaysia), tetapi mereka (pada awalnya) tak mahu pergi (keluar) walaupun ke Jordan (negara sempadan),” katanya. Susulan itu, Malaysia terpaksa berbincang dengan pemimpin di Palestin untuk…
Read MoreDay: August 21, 2024
Perangi politik nista, toksik dengan ilmu
KUALA LUMPUR 21 Ogos – Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan mengingatkan, politik nista dan toksik jika tidak dibendung akan menyemarakkan api perkauman dan kebencian, yang kemuncaknya ialah keganasan. Katanya, negara sedang menyaksikan kemunculan politik toksik, pada skala sangat luar biasa, di mana ia dimanifestasikan dengan segala bentuk fitnah, kebencian dan kata nista yang keterlaluan. “Orang Melayu mesti disedarkan, bahawa politik kebencian dan toksik yang melampau ini, akan menjadikan kita anti akal, anti kebenaran, dan anti segala-galanya. Ia tidak akan menguntungkan sesiapa. Ia akan menambah perpecahan dalam kalangan orang Melayu, akan…
Read MoreTeam Sukses UMNO tarik sokongan rakyat
KUALA LUMPUR 21 Ogos – Sebuah pasukan khusus yang dirujuk sebagai ‘Team Sukses UMNO’ perlu ditubuhkan segera bagi menjayakan operasi menarik kembali sokongan rakyat (Bringing Back UMNO), kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan Katanya pasukan yang dianggotai pelbagai segmen profesional mesti dipacu dari satu pusat operasi atau command centre dan mesti diuruskan seperti sebuah entiti perniagaan, bukan entiti peperangan. Mohamad berkata, pasukan itu disertai ahli statistik, data saintis, pempengaruh media sosial, penyelidik, ahli media, pasukan kreatif dan pelbagai lagi. Matlamatnya hanya satu, menjayakan operasi Bringing Back UMNO. Fokus utama pasukan sepenuh…
Read MoreLawatan PM raih potensi perdagangan RM8b
NEW DELHI 21 Ogos – Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India berjaya meraih potensi perdagangan dan komitmen pelaburan masing-masing RM8 bilion dan RM4.5 bilion melibatkan pelbagai sektor di negara itu. Perdana Menteri berkata, potensi itu hasil pertemuan dengan pemain-pemain utama industri negara itu termasuk dalam sektor berkaitan sawit dan produk berkaitan, bahan kimia dan produk kimia, minyak dan gas, serta bahan alat ganti kapal terbang. Pada masa sama, lawatan rasmi tiga hari itu turut menyaksikan tujuh memorandum persefahaman (MoU) antara perniagaan dengan perniagaan (B to B) membabitkan kedua-dua…
Read MorePRU-16 : UMNO kekal guna logo dacing
KUALA LUMPUR 21 Ogos – UMNO akan mengekalkan penggunaan logo Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 seiring dengan kehendak serta saranan ahli dan kepemimpinan akar umbi parti. Bagaimanapun Presidennya, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam menghadapi PRU dalam tempoh tidak lebih tiga tahun, UMNO tidak menolak kemungkinan untuk terus bekerjasama dengan 18 parti dalam Kerajaan Perpaduan. “Saya setuju dengan pandangan rakan kepimpinan dan ahli di akar umbi bahawa dalam PRU akan datang, kita harus tetap menggunakan lambang dacing, lambang Barisan Nasional (BN). Namun kita tidak menolak kolaborasi…
Read More3R: Muhyiddin serah dokumen bantu siasatan
KUALA LUMPUR 21 Ogos – Muyhiddin Yassin, menyerahkan beberapa dokumen kepada polis bagi membantu siasatan berhubung ucapannya yang didakwa menyentuh isu 3R (Raja, agama dan kaum) pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri baru-baru ini. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, dokumen itu diserahkan ketika beliau memberi keterangan kepada polis hari ini dan berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan dengan telus, adil dan saksama. Beliau berkata, dokumen itu adalah dua surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh 20 November 2022, yang mengandungi titah perintah Yang di-Pertuan Agong Ke-16 meminta…
Read MoreBerita pilihan…
170 wartawan terbunuh
GAZA – Serangan Israel ke atas sekolah Mustafa Hafiz pada Selasa menyebabkan kematian seorang lagi wartawan di Gaza, menjadikan 170 orang petugas media terbunuh sejak 7 Oktober 2023. Menurut Pejabat Media Kerajaan, Hamza Abdul Rahman Murtaja yang terbunuh itu adalah saudara kandung Yasser, juga seorang wartawan yang maut ditembak oleh penembak tepat Israel semasa membuat liputan “Great March of Return” pada 2018. Perarakan itu merujuk kepada lebih setahun rakyat Palestin membantah di sepanjang pagar antara Gaza dan Israel pada 2018 dan 2019 menuntut hak untuk kembali ke rumah nenek moyang…
Read MoreTiada tempat selamat di Gaza
BAITULMAQDIS – “Tiada satu tempat pun di Gaza yang selamat. Ia benar-benar memusnahkan,” demikian kata Louise Wateridge, jurucakap agensi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (UNRWA), Beliau yang berada di kawasan Nuseirat di tengah Gaza yang menjadi sasaran tetap serangan udara Israel itu berkata keadaan terdesak semakin meningkat di seluruh wilayah itu susulan pengeboman tanpa henti Israel. “Rasanya seperti orang sedang menunggu kematian dan kematian itu satu-satunya kepastian dalam situasi ini. Tiada satu tempat pun di Gaza yang selamat. Ia benar-benar memusnahkan,” “Kami menghadapi cabaran yang belum pernah berlaku…
Read More