170 wartawan terbunuh

GAZA – Serangan Israel ke atas sekolah Mustafa Hafiz pada Selasa menyebabkan kematian seorang lagi wartawan di Gaza, menjadikan 170 orang petugas media terbunuh sejak 7 Oktober 2023.

Menurut Pejabat Media Kerajaan, Hamza Abdul Rahman Murtaja yang terbunuh itu adalah saudara kandung Yasser,  juga seorang wartawan yang maut ditembak oleh penembak tepat Israel semasa membuat liputan “Great March of Return” pada 2018.

Perarakan itu merujuk kepada lebih setahun rakyat Palestin membantah di sepanjang pagar antara Gaza dan Israel pada 2018 dan 2019 menuntut hak untuk kembali ke rumah nenek moyang mereka.

Lebih 250 rakyat Palestin terbunuh selepas penembak tepat Israel melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan.

Pejabat Media Kerajaan yang mengedarkan senarai nama wartawan yang terbunuh berkata, kesemua pengamal media itu dibunuh dalam percubaan untuk “mengaburkan naratif Palestin dan kebenaran.”

Nnn

Related posts

Leave a Comment