NEW DELHI 20 Ogos – Malaysia dan India bersetuju meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara daripada Perkongsian Strategik Dipertingkat (ESP) kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP), kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau berkata keputusan bersama untuk meningkatkan hubungan kepada CSP itu menandakan satu langkah ke hadapan yang penting. Anwar mengakui, hubungan yang lama terjalin, sejak di zaman pentadbiran Perdana Menteri India yang pertama Jawaharlal Nehru dan Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman, dan menekankan kepentingan untuk mengukuhkan lagi hubungan ini merentasi pelbagai bidang. “Ini mesti diperkukuhkan lagi dalam pelbagai bidang,” kata…
Read MoreDay: August 20, 2024
Bersatu percaya Muhyiddin hormati undang-undang
SEPANG 20 Ogos – Bersatu memberi kepercayaan penuh kepada Muhyiddin Yassin yang menghadapi siasatan polis berkait isu 3R (Raja, agama dan kaum), dan yakin bekas Perdana Menteri itu akan menghormati undang-undang serta hadir memberi keterangan esok. Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin berkata, pihaknya juga sedang meneliti isu membabitkan ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merangkap Presiden Bersatu itu sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 14 Ogos lalu. “Semua pihak juga diminta supaya bertenang dan berdoa kepada Allah SWT agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,…
Read MoreRasional di sebalik penganjuran TSSC
SEPANG 20 Ogos – Mereka yang cakna dan faham sejarah, akan mengerti rasional di sebalik penganjuran dan meraikan Piala Sultan Selangor (TSSC) yang dianjurkan sejak 23 tahun lepas, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Menurut baginda, TSSC sebuah acara berprestij yang menyemarakkan semangat persahabatan dalam sukan bagi mengeratkan persaudaraan dua pasukan seteru utama Liga Malaysia suatu ketika dahulu iaitu Selangor dan Singapura. Sultan Sharafuddin bertitah, simbolik persahabatan dan muhibah kesukanan diraikan menerusi semangat piala itu juga dapat dimanifestasi sebagai teladan dalam membanteras gejala keganasan sukan. Titah Baginda, keganasan sukan…
Read MorePN ikrar taat setia kepada Sultan Pahang
KUALA LUMPUR 20 Ogos – Perikatan Nasional (PN), blok pembangkang yang menyandang 17 daripada 47 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, mengikrarkan taat setia kepada Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Ikrar berkenaan, juga kepada Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dizahirkan melalui satu kenyataan Ketua Pembangkang DUN Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man. Dalam kenyataan itu, Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden Pas, memaklumkan ADUN PN Pahang menyokong titah Tengku Mahkota yang mahu siasatan dijalankan berhubung ucapan…
Read MoreHubungan Malaysia – India beri manfaat
NEW DELHI 20 Ogos – Hubungan Malaysia dengan India sejak sekian lama memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara bersahabat itu, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, hakikat itu terpacul ketika penerimaan sambutan secara rasmi dalam penuh suasana persahabatan pagi ini disambut Perdana Menteri India, Narendra Modi. “Perbincangan kami tentunya akan menekankan aspek kerjasama erat kedua-dua negara, selain meneroka lapangan lain yang mampu memperkukuh hubungan persahabatan ini, Insya-Allah,” katanya di laman sosial, hari ini. Terdahulu, Anwar diberi sambutan rasmi oleh rakan sejawat, Modi 9 pagi ini di kediaman rasmi Presiden…
Read More500 kematian di Congo akibat mpox
KINSHASA: Republik Demokratik Congo (DRC), mengisytiharkan wabak mpox yang sedang melanda sebagai “kecemasan benua,” kata Menteri Kesihatan Samuel-Roger Kamba. Kamba berkata, sejak awal tahun ini, DRC merekodkan 16,700 kes mpox yang disahkan atau disyaki, termasuk lebih 570 kematian, meningkat berbanding 15,664 kes disyaki dan 548 kematian yang dilaporkan minggu lepas. Pada Disember 2022, negara itu mengisytiharkan wabak mpox sebagai wabak nasional, mendorong penubuhan sistem pengurusan insiden sejak Februari 2023 berdasarkan peningkatan bilangan kes yang dilaporkan. Penyakit itu menjejaskan 17 negara di Afrika dan beberapa negara lain di luar benua itu,…
Read MoreBerita pilihan….
280 anggota bantuan kemanusiaan maut
NEW YORK: Sebanyak 280 orang pekerja bantuan kemanusiaan terbunuh di seluruh dunia tahun lalu yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai tahap keganasan tidak boleh diterima. PBB juga memberi amaran perang Israel-Palestin di Gaza berpotensi mencetuskan angka kematian lebih tinggi tahun ini akibat tindakan yang kini menjadi perkara biasa terhadap pekerja bantuan kemanusiaan. Pemangku Pengarah Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB, Joyce Msuya berkata, normalisasi keganasan terhadap pekerja bantuan dan kekurangan akauntabiliti tidak boleh diterima. Dalam satu kenyataan pada Hari Kemanusiaan Sedunia, beliau berkata keganasan itu tidak wajar dan…
Read More16,480 kanak-kanak terkorban
GAZA CITY: Serangan Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 16,480 kanak-kanak Palestin, termasuk 115 bayi. Menurut laporan media, Ismail Thawabteh, yang mengetuai pejabat media kerajaan Gaza, memberitahu 35 kanak-kanak meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi. Susulan sekatan Israel terhadap penghantaran makanan ke Gaza, sekurang-kurangnya 3,500 kanak-kanak di Gaza berdepan risiko kematian akibat kekurangan makanan dan zat makanan. Dalam pada itu, lebih 17,000 kanak-kanak kehilangan ibu bapa mereka atau sekurang-kurangnya seorang daripada mereka akibat dibunuh tentera pendudukan Israel sejak 7 Oktober. Israel meneruskan serangan kejamnya ke…
Read More