JOHOR BAHRU 19 Ogos – Kerajaan Johor mengumumkan Hari Cuti Peristiwa pada 25 Ogos, sebagai tanda penghargaan kepada peminat kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) sempena final Piala FA 2024. Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi berkata pemberian cuti tersebut adalah atas perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. “Dengan perkenan Tunku Mahkota Ismail, kerajaan negeri memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 25 Ogos sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat Johor, sebagai tanda penghargaan buat ‘pemain ke-12’ (peminat) pasukan JDT dalam Piala FA 2024,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. Beliau…
Read MoreDay: August 19, 2024
Sindiket ejen haram Imigresen tumpas
PUTRAJAYA 19 Ogos – Jabatan Imigrisen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket ejen haram yang menawarkan perkhidmatan imigresen melalui media sosial yang beroperasi selama sebulan, kata Ketua Pengarahnya, Ruslin Jusoh. Katanya, lapan individu ditahan, empat daripadanya adalah warga tempatan dengan dua daripada mereka merupakan dalang utama sindiket itu. Beliau memberitahu hasil risikan selama dua minggu, satu operasi khas dilakukan pada 15 Ogos lepas, melibatkan tujuh lokasi berbeza iaitu Cheras, Mid Valley City, Desa Pandan, Taman Midah, Sungai Besi, Sepang dan Bandar Enstek. Bercakap pada sidang media di sini, beliau memberitahu,…
Read MoreDakwaan ucapan 3R, Muhyiddin sedia beri kerjasama
KUALA LUMPUR 19 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis bagi menjelaskan fakta-fakta berkaitan ucapannya yang didakwa menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri baru-baru ini. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu percaya kenyataannya tidak melanggar mana-mana undang-undang negara. “Saya ingin menegaskan bahawa ucapan saya di Nenggiri adalah suatu kenyataan fakta yang tidak bermaksud untuk menghina institusi raja atau menimbulkan kecenderungan menghasut,” katanya dalam kenyataan melalui Facebooknya. Semalam, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain memaklumkan pihaknya akan memanggil…
Read More88 kes mpox di Indonesia sejak 2022
JAKARTA 19 Ogos – Kementerian Kesihatan Indonesia merekodkan sekurang-kurangnya 88 kes mpox, yang dahulunya dikenali sebagai cacar monyet, sejak 2022 hingga tahun ini, dengan wilayah Jakarta menjadi yang paling teruk terjejas. Menurut Pemangku Ketua Pengarah Pencegahan dan Kawalan Penyakit Dr Yudhi Pramono, sebanyak 59 kes dilaporkan di Jakarta, 13 di Jawa Barat, sembilan di Banten, masing-masing tiga di Jawa Timur dan Yogyakarta dan satu di Kepulauan Riau. Daripada jumlah itu, 87 kes telah pulih. Kemuncak kes mpox yang disahkan berlaku pada Oktober 2023, seperti yang ditunjukkan dalam trend mingguan,” katanya…
Read MoreUmpama kehilangan keluarga, sahabat
SUBANG JAYA 19 Ogos – Perdana Menteri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO) Rozaid Abdul Rahman yang meninggal dunia semalam. Ketika ditemui ketika menziarahi jenazah di Masjid Putra Heights di sini pagi ini, beliau berkata secara peribadi pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang cukup besar kerana beliau sudah menganggap arwah sebagai sahabat dan ahli keluarga memandangkan mereka telah berkenalan sejak sekian lama. “Kita kehilangan sahabat dan keluarga kerana Rozaid adalah kenalan lama sejak dia di media. Kemudian bapanya…
Read MoreTengku Mahkota murka tindakan Muhyiddin
KUANTAN 19 Ogos – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan amat terkilan atas tindakan Muhyiddin Yassin yang secara sengaja dan sinis memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16. Menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Abdulaziz, Tengku Hassanal mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R (raja, agama dan kaum). Baginda menyifatkan kenyataan Muhyiddin selaku bekas Perdana Menteri dan ahli…
Read MoreBerita pilihan…
Singapura bina Kolej Pengajian Islam
SINGAPURA: Singapura akan membina Kolej Pengajian Islam untuk melahirkan pemimpin Islam di negara itu pada masa depan, kata Perdana Menteri Lawrence Wong. “Saya akan umumkan butirannya kelak,” katanya dalam ucapan bahasa Melayu pada Rapat Hari Kebangsaan 2024 (NDR 2024) semalam. Kata, idea penubuhan kolej itu ditimbulkan buat kali pertama pada 2016 oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam ketika itu, Dr Yaacob Ibrahim. Wong yang juga Menteri Kewangan turut mengiktiraf sumbangan dan kerjasama pemimpin serta keseluruhan masyarakat Melayu Islam di republik itu yang menyumbang kepada kejayaan Singapura dalam pelbagai bidang.…
Read MoreSingapura sedia mengorak langkah baharu
SINGAPURA – Perdana Menteri, Lawrence Wong berkata, Singapura perlu bersedia untuk mengubah dasar pemerintah dan sikap dalam kalangan rakyat dalam usaha mengorak arah baru masa hadapan. Wong berkata kepemimpinannya bersedia mengorak langkah baharu ini tetapi akan bersikap berhati-hati dan mempelawa rakyat bekerjasama dengan pemerintah untuk berbuat demikian. Berucap pada Rapat Hari Kebangsaan, di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central di Ang Mo Kio, beliau berkata, perubahan berkekalan yang dihasratkan itu memerlukan anjakan minda untuk semua. Ucapan yang disampaikan dalam bahasa Melayu, Cina dan Inggeris itu adalah ucapan sulung beliau sempena…
Read More