KUALA KANGSAR 28 Julai – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bercadang memperluas tanaman durian hibrid MDUR 88 yang setanding dengan durian jenis Musang King, sekaligus bagi meningkatkan eksport. Timbalan Menterinya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata varieti durian MDUR 88 yang dihasilkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menerima permintaan yang tinggi daripada penggemar raja buah itu. Menurutnya, berdasarkan dapatan dilakukan, didapati MDUR 88 mempunyai rasa menyamai jenis musang king, dengan harganya jauh lebih berpatutan di pasaran. Justeru, tanaman durian MDUR 88 akan diperluaskan di negara ini kerana pengeluarannya…
Read MoreDay: July 28, 2024
Tiada perbincangan kerjasama PRU
KOTA BHARU 28 Julai – Naib Presiden Pas, Mohd Amar Abdullah menafikan dakwaa kononnya ada pemimpin pembangkang mahu bertemu Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berbincang mengenai kerjasama Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16). Sebaliknya, beliau berkata apa yang sebenarnya berlaku adalah Pas bersama parti lain dalam Perikatan Nasional (PN) ketika ini sedang memperkukuh kerjasama gabungan politik itu. “Setahu saya, tiada pemimpin pembangkang mahu mengadakan perbincangan atau pertemuan dengan kedua-dua pemimpin Kerajaan Perpaduan itu. (Itu tidak berlaku) kerana sikap mereka yang suka mungkir janji,” katanya. Mohd…
Read MoreBerita pilihan…
Hijab: Rusia kritik jawatan kuasa Olimpik
MOSCOW: Kementerian Luar Rusia mengkritik Jawatankuasa Olimpik Perancis susulan larangan terhadap atletnya yang berhijab mewakili negaranya pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024, di sepanjang Sungai Seine Jumaat lalu. Jurucakap kementerian, Maria Zakharova menyifatkan larangan yang dikenakan terhadap pelari pecut Perancis, Sounkamba Sylla sebagai tindakan pengasingan yang ketara. Zakharova dalam kenyataan berkata, atlet Muslim itu dihalang daripada mewakili negara pada upacara pembukaan dengan Jawatankuasa Olimpik Perancis didakwa merujuk larangan ‘memakai pakaian tradisonal’ dalam acara sukan. Katanya, larangan ini kemudiannya diperluaskan kepada media Rusia, dan kini atlet Perancis turut terjejas oleh…
Read MorePas mungkin tidak bersama Gerakan
KOTA BHARU 28 Julai – Tidak mustahil Pas tidak bersama Gerakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang susulan pendirian parti itu yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah. Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, berkata pendirian rasmi yang dikeluarkan Gerakan dalam isu derma kepada sekolah daripada hasil arak sangat mengecewakan. “Jika inilah yang selalu ditonjolkan oleh Gerakan, pada PRU16 nanti tidak mustahil kita tidak boleh bersama dengan parti itu dalam satu ikatan politik,” katanya menerusi kenyataan di Facebook. Terdahulu, Gerakan dilaporkan senada dengan DAP supaya syarikat berkaitan…
Read More