Hijab: Rusia kritik jawatan kuasa Olimpik

MOSCOW: Kementerian Luar Rusia mengkritik Jawatankuasa Olimpik Perancis susulan larangan terhadap atletnya yang berhijab mewakili negaranya pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024, di sepanjang Sungai Seine Jumaat lalu.

Jurucakap kementerian, Maria Zakharova menyifatkan larangan yang dikenakan terhadap pelari pecut Perancis, Sounkamba Sylla sebagai tindakan pengasingan yang ketara.

Zakharova dalam kenyataan berkata, atlet Muslim itu dihalang daripada mewakili negara pada upacara pembukaan dengan Jawatankuasa Olimpik Perancis didakwa merujuk larangan ‘memakai pakaian tradisonal’ dalam acara sukan.

Katanya, larangan ini kemudiannya diperluaskan kepada media Rusia, dan kini atlet Perancis turut terjejas oleh mesin kawal selia pentadbiran politik diskriminasi ini.

Walaupun pegawai Perancis mendakwa menghargai kepelbagaian dan kebebasan bersuara, Zakharova berkata, mereka yang menentang berdepan sekatan yang boleh dilihat.

Menurut beliau, prinsip suci untuk memisahkan sukan daripada politik telah diinjak-injak oleh barat.

Jelas Zakhahira, mempertimbangkan keadaan sedemikian, sukan Olimpik tidak lagi memiliki ciri-ciri tersendiri yang membolehkan ia dilihat sebagai pertandingan sukan terbuka, jujur, adil dan demokratik.
.

 

Related posts

Leave a Comment