Pas mungkin tidak bersama Gerakan

KOTA BHARU 28 Julai – Tidak mustahil Pas tidak bersama Gerakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang susulan pendirian parti itu yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, berkata pendirian rasmi yang dikeluarkan Gerakan dalam isu derma kepada sekolah daripada hasil arak sangat mengecewakan.

“Jika inilah yang selalu ditonjolkan oleh Gerakan, pada PRU16 nanti tidak mustahil kita tidak boleh bersama dengan parti itu dalam satu ikatan politik,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Terdahulu, Gerakan dilaporkan senada dengan DAP supaya syarikat berkaitan arak atau rokok tidak dihalang untuk memberi dana kepada sekolah aliran Cina.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau mendakwa, ini kerana sekolah aliran Cina selama ini tidak diberikan dana mencukupi oleh Kerajaan Pusat untuk beroperasi.

Beliau berkata, segala fasiliti dan kemudahan yang disifatkan terbaik yang dimiliki sekolah aliran Cina ketika ini adalah hasil sumbangan dana pihak luar bukan saja daripada syarikat besar, malah golongan peniaga kecil dan penjaja.

Nnn

Related posts

Leave a Comment