KPM kekalkan garis panduan sedia ada

PUTRAJAYA 26 Julai  – Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan garis panduan sedia ada bagi penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah, kata Menterinya Fadhlina Sidek. Beliau berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) Rabu lalu yang antara lain menggariskan aktiviti sumbangan dana kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah. Dalam kenyataannya, beliau juga menjelaskan, pertimbangan diberi kepada sekolah vernakular menerima sumbangan dana melalui Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan yayasan seperti mana yang telah diamalkan sejak beberapa pentadbiran terdahulu dan tidak pernah dipertikaikan mana-mana pihak.…

Read More

UMNO tidak perlu kehadiran DAP di Nenggiri

KUALA LUMPUR 26 Julai – : Kelab Veteran UMNO senada dengan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah, yang meminta pemimpin DAP menjauhkan diri, daripada kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan. Setiausaha kelab itu, Mustapha Yaakub, mengakui hasrat DAP untuk membantu Barisan Nasional (BN) mendapatkan sokongan Orang Asli tetapi berhujah bahawa DAP tidak akan berkesan memandangkan Orang Asli di Nenggiri adalah ‘Bumiputera Islam berbahasa Melayu.’ Beliau juga memberi amaran,  kehadiran DAP mungkin mengelirukan pengundi dan dieksploitasi pembangkang, yang berpotensi memudaratkan kempen BN. “Oleh itu, adalah lebih baik jentera…

Read More

Gaza: Biden, Harris desak Netanyahu

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Naib Presiden, Kamala Harris mendesak Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk bersetuju dengan gencatan senjata Gaza. Bagaimanapun desakan itu dibuat hanya beberapa hari selepas Biden, 81, mengumumkan tidak akan bertanding semula. Menurut Rumah Putih, Biden akan terus mendesak gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan antara Israel dan Hamas. Pentadbiran Biden masih percaya Netanyahu bersedia untuk bersetuju dengan perjanjian walaupun pada Kongres AS lalu pemimpin rejim Zionis itu berikrar “kemenangan total” terhadap Hamas. “Kami boleh mencapai perjanjian, tetapi seperti biasa ia memerlukan beberapa…

Read More

Gelombang haba ragut 500,000 jiwa

WASHINGTON: Setiap tahun, gelombang haba meragut hampir setengah juta nyawa penduduk dunia, 30 kali lebih banyak berbanding siklon tropika, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres. Justeru beliau menggesa negara-negara menangani keperluan mendesak terhadap panas melampau, didorong perubahan iklim, beberapa hari selepas dunia mencatatkan hari terpanas dalam rekod. Katanya, dunia tahu apa yang mendorong situasi ini, bahan api fosil, perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia dan ia akan menjadi lebih teruk. “Dunia mesti menghadapi cabaran peningkatan suhu…haba melampau adalah perkara baharu yang tidak normal, namun berita baiknya ialah…

Read More