Jokowi dijangka mula kerja di IKN Ahad

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo dijadualkan mula bekerja dari ibu negara baharu Indonesia, ibu kota Nusantara (IKN) di Kalimantan Timur, Ahad ini dengan merasmikan pembukaan tol dan memeriksa IKN.

Ketua Sekretariat Presiden, Heru Budi Hartono, dilaporkan berkata, Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) dan Sekretariat Presiden sedang bersiap (memenuhi) semua keperluan presiden untuk mula bertugas di IKN.

Hartono berkata, pihak istana dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Awam masih giat menyiapkan infrastruktur pejabat presiden di IKN termasuk keperluan perabotnya.

Bagaimanapun, Hartono tidak mendedahkan perincian sama ada Jokowi akan terus bekerja dari IKN atau akan berulang alik ke Jakarta untuk menguruskan kerajaan.

Selain menyiapkan Pejabat Presiden, Sekretariat Presiden juga sedang memuktamadkan persiapan menjelang peringatan ulang tahun Hari Kemerdekaan republik Indonesia ke-79 yang akan diadakan di dua lokasi iaitu IKN dan Jakarta.

Setakat ini, mengikut rencana awal, sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia dimulakan dengan peringatan nasional pada 1 Ogos, kemudian diteruskan dengan agenda lain termasuk penghormatan yang diberikan Presiden Jokowi pada 15 Ogos.

Presiden sebelum ini berkata, beliau bersedia untuk mula bekerja dari IKN secepat mungkin, jika semua aspek yang diperlukan sudah dipenuhi.

Nnn

Related posts

Leave a Comment