SANDAKAN 21 Julai – Barisan Nasional (BN) Sabah perlu diberi peluang menentukan kerjasama dengan parti lain berpandukan tiga asas penting iaitu politik pembangunan, autonomi dan akomodasi atau perkongsian kuasa. Bekas Ketua Menteri Sabah, Salleh Said Keruak berkata, politik autonomi dan akomodasi membezakan politik Sabah dengan Sarawak dan Semenanjung, selain antara punca berlaku banyak pertukaran kerajaan dalam sejarah negeri ini. Beliau yang menjadi ahli panel forum ‘BN Membina Negara Bangsa’ sempena Konvensyen BN Sabah di Sandakan, hari ini, berkata kerajaan negeri bertukar banyak kali sejak awal kemerdekaan disebabkan faktor berkenaan. “Ia…
Read MoreDay: July 21, 2024
BN mahu ke puncak kuasa pada PRN Sabah
SANDAKAN 21 Julai – Barisan Nasional (BN) Sabah tidak boleh lagi berbalah dan berpecah-belah selepas begitu banyak cabaran dan dugaan dilalui serta pengajaran yang diperoleh, kata Pengerusi BN Negeri, Bung Moktar Radin, Katanya, BN Sabah perlu memperkuatkan jentera, menyatu-padukan minda dan bergerak dengan hanya satu suara dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. “BN Sabah sedia maju ke hadapan, BN Sabah sedar kita telah lalui pelbagai dugaan, cabaran, badai samudera, onak dan duri, pelbagai tohmahan dan fitnah. Semua itu cabaran kepada kita, perjuangan tanpa cabaran bukan perjuangan. “Dalam…
Read MoreKibarkan Jalur Gemilang
SEPANG 21 Julai – Semua pihak, termasuk sektor awam dan swasta diarah mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing sepanjang tempoh sambutan Bulan Kebangsaan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu sebagai tanda taat setia, pengorbanan dan mendukung semangat kemerdekaan yang diperoleh tanah air sejak 67 tahun lalu. “Saya percaya kita bagi mesej yang jelas… apa yang sukarnya… orang dulu korban segalanya, ibu di kampung keluarkan rantai dan perhiasan mereka jadi tabung untuk perjuangan (memerdekakan negara),” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang…
Read MoreBerita pilihan…
Majlis Santapan Diraja
KUALA LUMPUR 21 Julai – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja, malam tadi sempena istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17. Turut berangkat ke majlis santapan itu ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, serta Raja Bahrain, Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa. Pada majlis itu, tayangan video ‘Riwayat Hidup Sultan Ibrahim’ menjadi antara pengisian istimewa. Ditayangkan menerusi skrin di dalam Dewan Santapan Utama, Istana Negara, di sini, video itu memaparkan peristiwa…
Read MoreBawa gelombang Sungai Bakap ke Nenggiri
GUA MUSANG 21 Julai – Calon yang akan dikemukakan Bersatu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri bulan depan, disifatkan jauh lebih baik dan matang, berbanding bakal calon Barisan Nasional (BN), kata Annuar Musa. Pengarah Operasi PRK Nenggiri Perikatan Nasional (PN), itu mendakwa calon yang akan dipilih gabungan itu mampu menarik pengundi dan mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri. Katanya, sehingga kini ramai bertanyakan siapa calon yang akan ditampilkan PN selepas UMNO mengumumkan calon mereka beberapa hari lalu. “Apa yang saya mahu katakan, calon memang mustahak, namun PRK ini bukan…
Read More