Bawa gelombang Sungai Bakap ke Nenggiri

GUA MUSANG 21 Julai – Calon yang akan dikemukakan Bersatu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri bulan depan, disifatkan jauh lebih baik dan matang, berbanding bakal calon Barisan Nasional (BN), kata Annuar Musa.

Pengarah Operasi PRK Nenggiri Perikatan Nasional (PN), itu mendakwa calon yang akan dipilih gabungan itu mampu menarik pengundi dan mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Katanya, sehingga kini ramai bertanyakan siapa calon yang akan ditampilkan PN selepas UMNO mengumumkan calon mereka beberapa hari lalu.

“Apa yang saya mahu katakan, calon memang mustahak, namun PRK ini bukan lawan ‘body’, sebaliknya ia membabitkan perjuangan parti.

Saya sudah tahu siapa calonnya dan apa yang boleh saya katakan calon kita jauh lebih baik, lebih matang, lebih lama bermain parti berbanding calon dari parti lawan.

Pimpinan parti akan umumkan calon kita beberapa hari sebelum penamaan calon,” katanya ketika menyampaikan Ceramah Isu Semasa – Pertahan Nenggiri di sini, malam tadi.

Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO dan kini menyertai Pas, yakin gelombang kemenangan besar PRK Sungai Bakap baru-baru ini akan dibawa di Nenggiri.

“Ini pilihan raya yang penting bagi kita terus mempertahankan kemenangan di kerusi Nenggiri. Jika di Sungai Bakap kita boleh menambah majoriti, sekarang giliran penduduk di Nenggiri,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, dua nama iaitu Sheikh Razali Hamad dan Sun Najaman Muhamad, disebut-sebut bakal menjadi calon Bersatu dalam PRK DUN Nenggiri.

Sheikh Razali adalah ahli Bersatu yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, manakala Sun Najaman pula penggawa di Dabong.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment