Jawatan dalam Kabinet bukan keutamaan

MELAKA 20 Julai –  Mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO menjadi keutamaan terlebih dahulu berbanding berada di dalam Kabinet, kata Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menegaskan selagi kepercayaan berkenaan belum diperoleh semula, beliau akan memilih untuk berada di luar Kabinet Kerajaan Persekutuan. “Terima kasih kepada UMNO Bahagian Subang atas cadangan dan penghargaan yang diberikan kepada saya. Namun, saya memilih untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada parti dengan berada di luar Kabinet. Bukan jawatan yang dikejar tetapi kepercayaan rakyat kepada parti menjadi…

Read More

Dakwaan MCA tinggalkan BN khabar angin

CHERAS 20:Julai – Dakwaan mengatakan MCA akan meninggalkan Barisan Nasional ( BN) selepas 72 tahun bersama gabungan itu hanyalah khabar angin yang sengaja dicipta pihak tertentu, kata Setiausaha Agung BN, Dr Zambry Abdul Kadir. “Itu hanyalah khabar angin yang cuba dicipta oleh kalangan tertentu.Ketika ini Presiden MCA (Datuk Seri Dr Wee Ka Siong) dan Setiausaha Agung (Datuk Chong Sin Woon) juga sudah memaklumkan perkara itu tidak berlaku,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan penutupan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras di sini, hari ini. Terdahulu, MCA menafikan dakwaan terdapat tekanan kepada…

Read More

Biden ikrar kekal bersaing

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, berikrar untuk kekal bersaing pada pemilihan presiden walaupun terdapat peningkatan tentangan dalam parti Demokrat sehingga menimbulkan spekulasi beliau akan berundur minggu ini. Dalam satu kenyataan dari Delaware di mana beliau menjalani kuarantin kerana jangkitan Covid-19, Biden berkata: “Pertaruhannya tinggi dan pilihannya jelas. Bersama-sama, kita akan menang,”. Beliau juga tidak sabar untuk kembali berkempen minggu depan ketika doktor menyatakan bahawa beliau sudah pulih daripada penyakit itu. Bagaimanapun, prestasi politik Biden kelihatan jauh lebih teruk dengan 10 lagi Demokrat di Dewan Perwakilan dan dua senator…

Read More

Tun M rayu hantar pengaman terkuat

PUTRAJAYA 20 Julai – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merayu pasukan pengaman antarabangsa terkuat dihantar ke Gaza untuk melindungi rakyat Palestin dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel. “Tolong, tolong, hentikan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. Israel tidak menghormati pendapat atau undang-undang antarabangsa. Masyarakat antarabangsa yang menghormati peraturan undang-undang mesti bertindak. Ia mesti dikuatkuasakan. Tolong hantar pasukan pengaman antarabangsa ke Gaza untuk melindungi rakyat Palestin. Hantar pasukan pengaman antarabangsa yang kuat dan besar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. Beliau berkata, rakyat Palestin perlu dibantu atas nama kemanusiaan…

Read More

Laksana tanggungjawab dengan adil

KUALA LUMPUR 20 Julai – Sultan Ibrahim, bertitah akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur, ikhlas dan adil serta penuh timbang rasa kepada semua rakyat jelata demi menjaga kesejahteraan dan kedaulatan negara. Yang di-Pertuan Agong juga menzahirkan ucapan menjunjung kasih kepada Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang memberi kepercayaan dan penghormatan kepada baginda untuk memikul amanah dan tugas sebagai ketua negara. “Insya-Allah, saya akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur dan ikhlas, dan memerintah dengan adil dan saksama serta penuh timbang rasa kepada semua rakyat jelata, demi menjaga kesejahteraan dan…

Read More

Institusi Agong tonggak kekuatan negara

KUALA LUMPUR 20 Julai – Perdana Menteri  Anwar Ibrahim, berkata institusi Yang di-Pertuan Agong adalah tonggak kekuatan negara dan rakyat pelbagai kaum, di samping menjamin kesaksamaan dan keadilan bagi semua warga Malaysia dalam memaknai prinsip Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Menurut Anwar, Yang di-Pertuan Agong juga berperanan sebagai penaung agama Islam yang juga agama Persekutuan, pengukuh kedudukan bahasa Melayu dan pembela hak dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera. Beliau berkata, institusi Yang di-Pertuan Agong adalah mahkota negara dan rakyat yang mampu mengikat semangat kesatuan dan perpaduan dan dimuliakan sebagai mercu…

Read More

Jiwa Kacau di Warung Bunian

SUDAH bertahun-tahun tidak ‘menyorok’  di Warung Bunian, Kampung Desa Putra, Kajang. Lokasi ini berhampiran Putrajaya. Kedudukannya agak tersorok. Mereka yang melalui jalan belakang ke Putrajaya dari Bangi lama akan ketemu tempat ini. Kemalasan singgah di sini juga kerana biasanya ramai orang lebih-lebih lagi hujung minggu. Pergi lewat ada makanan dah habis di samping masalah nak letak kereta. Apa pun Rabu lalu, 17 Julai, berpeluang juga menyorok di situ. Tetapi pukul 10 pagi baru terjah. Suasananya tidak banyak berubah berbanding suatu masa dulu, lima enam tahun lalu semasa menyorok di situ.…

Read More

Sasaran 27.3 juta pelancong

PUTRAJAYA 20 Julai – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyasarkan kehadiran 27.3 juta pelancong antarabangsa dengan pendapatan RM102.7 bilion tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, kerajaan merangka dan melaksanakan pelbagai strategi untuk merangsang industri pelancongan termasuk program Malaysia My Second Home (MM2H), Kepengerusian ASEAN Tahun 2025, dan kempen VM2026. “Saya menyambut baik pandangan dan maklum balas daripada semua pihak terutama penggiat industri dalam memastikan usaha dan inisiatif ini mencapai objektif yang diharapkan,” katanya. Beliau berkata demikian menerusi akaun rasmi X miliknya semalam, selepas mengadakan sesi libat…

Read More

Malaysia sambut baik keputusan ICJ

PUTRAJAYA 20 Julai – Malaysia mengalu-alukan keputusan bersejarah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memihak kepada Palestin, kata Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan. Keputusan Mahkamah disampaikan melalui Pendapat Nasihat berkaitan dengan Kesan Perundangan yang timbul daripada Dasar dan Amalan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur, semalam. Menurut Wisma Putra, keputusan ICJ itu mengesahkan hujah perundangan Malaysia yang dibentangkan oleh Menteri Luar, Mohamad Hasan semasa di mahkamah berkenaan 22 Februari lalu. “Malaysia menggesa semua negara supaya mendesak Israel menerima dan mematuhi keputusan ICJ dan segera menghentikan segala sokongan…

Read More