Awang Hashim digantung tiga hari

KUALA LUMPUR 15 Julai – Ahli Parlimen Pendang yang mewakili PN,  Awang Hashim diarah meninggalkan Dewan Rakyat serta-merta dan digantung tiga hari daripada menghadiri persidangan. Keputusan itu dibuat Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ramli Md Nor, selepas Awang enggan menarik balik kenyataan anti-Islam yang ditujukan kepada RSN Rayer (PH-Jelutong) Terdahulu perkataan anti-Islam itu mencetus situasi kecoh selepas Rayer bersama beberapa ahli Parlimen DAP bangkit mendesak Awang menarik semula kenyataan dengan menyifatkan tuduhan dibuat itu sebagai amat serius. Ramli bagaimanapun meminta semua wakil rakyat berhenti menuduh antara satu sama lain sambil mengingatkan…

Read More

Stoking: Pengasas KK Mart dilepas, dibebas

SHAH ALAM 15 Julai – Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart,  Dr Chai Kee Kan dan isteri, Loh Siew Mui dilepas dan dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah. Tiga pengarah syarikat pembekal stoking berkenaan, Xin Jian Chang Sdn Bhd turut mendapat perintah DNAA selepas pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan ke atas lima individu berkenaan. Untuk rekod, dua syarikat dan lima individu ini mengemukakan representasi pada 17 Mei lalu kepada Jabatan Peguam Negara untuk…

Read More

‘Katak melompat’ akibat kecelaruan tafsiran

STABILKAH politik apabila Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengekalkan status enam bekas Ahli Parlimen Bersatu ? Ini berikutan timbul pelbagai tafsiran berkaitan Akta Antilompat Parti sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang. Pihak yang membantah atau meragui keputusan Johari bukan sekadar pimpinan Perikatan Nasional (PN) malahan ada juga dalam kalangan penyokong kerajaan yang tidak setuju dengan keputusan Speaker. Begitu juga dengan pelbagai tafsiran atau pandangan pihak yang tiada kaitan dengan parti politik termasuk pertubuhan bukan kerajaan, pengamal undang-undang, ahli akademik di samping individu dalam kalangan politik. Tafsiran siapakah yang sebenarnya…

Read More

Riben putih tanda protes keputusan Speaker

KUALA LUMPUR 15 Julai  – Barisan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) hari ini mengenakan lilitan riben putih pada lengan kiri masing-masing ketika hadir ke Dewan Rakyat. Tindakan itu sebagai tanda protes terhadap keputusan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, yang sebelum ini memutuskan enam kerusi disandang bekas wakil rakyat Bersatu kekal dan tidak berlaku kekosongan. Perkara itu dimaklumkan Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) ketika bangkit mengutarakan soalan pada sesi jawab lisan dengan tindakan protes itu merujuk kepada Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang merujuk berkaitan pertukaran parti politik anggota Dewan Rakyat. “Riben…

Read More

Langkah keselamatan konvensyen Republikan

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa siasatan bebas terhadap keselamatan di perhimpunan di Pennsylvania pada Sabtu di mana Trump ditembak dan cedera ketika sedang memberi ucapan. Beliau juga sudah mengarahkan Perkhidmatan Rahsia untuk menyemak semua langkah keselamatan bagi Konvensyen Nasional Republikan, yang dijadualkan bermula Isnin di Milwaukee. “Malam tadi, saya bercakap dengan Donald Trump. Saya amat bersyukur kerana beliau berada dalam keadaan baik. Kami berbual ringkas tetapi baik,” kata Biden dalam ucapan dari Rumah Putih pada Ahad. Sebagai bekas presiden dan calon Republikan untuk pemilihan 2024, Biden…

Read More

Trump ajak rakyat bersatu padu

WASHINGTON: Bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada menyeru rakyat negara itu untuk “bersatu padu” selepas terselamat daripada cubaan bunuh semasa perhimpunan kempen di Pennsylvania. Trump, 78, yang bertanding untuk menyingkirkan penggantinya Presiden Joe Biden dalam pilihan raya November, ditembak di telinga semasa insiden di Butler, utara Pittsburgh, pada Sabtu. Seorang penonton terbunuh dan dua lagi cedera parah, manakala penembak – yang dinamakan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sebagai Thomas Matthew Crooks, 20 – dibunuh oleh ejen Perkhidmatan Rahsia AS. Dalam catatan di platform media sosialnya, Truth Social pada…

Read More

Bahan letupan dalam kereta suspek

WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menemui bahan letupan di dalam kereta suspek penembak calon Presiden AS, Donald Trump di Pennsylvania pada Sabtu, demikian menurut laporan Wall Street Journal. Menurut laporan itu, kereta yang dipandu suspek, Thomas Matthew Crooks, diletakkan berhampiran lokasi kempen Trump di Butler, Pennsylvania. Media sebelum ini juga melaporkan, Perkhidmatan Rahsia AS dalam kenyataan di X menjelaskan telah menembak mati suspek penembak Trump. “Seorang yang disyaki penembak melepaskan beberapa tembakan ke arah pentas daripada kedudukan tinggi di luar perhimpunan. Perkhidmatan Rahsia AS segera bertindak balas dengan langkah…

Read More