Potret Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR 10 Julai – Istana Negara mempersembahkan potret Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai 2024.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.

Istiadat Pertabalan akan berlangsung pada 20 Julai di Istana Negara dan kerajaan dengan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, akan melaksanakan tujuh acara sempena istiadat penuh simbolik lima tahun sekali itu.

Acara sempena Istiadat Pertabalan itu dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat pada 18 Julai disusuli Khutbah Khas serta Solat Jumaat pada keesokannya di Masjid Negara.

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara akan disusuli Majlis Santapan Diraja pada hari sama.

Turut berlangsung lawatan Raja Permaisuri Agong ke Hospital Orang Asli Gombak pada 23 Julai manakala Pameran Raja Kita dijadualkan pada 25 Julai di Muzium Negara sebelum diakhiri dengan Majlis Jamuan Teh Diraja pada 27 Julai di Istana Negara.

Related posts

Leave a Comment