94.9 peratus dewasa lengkap 2 dos

PUTRAJAYA 9 Nov. – Setakat semalam , sebanyak 75.3 peratus atau 24,604,953 individu daripada sejumlah populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 78.2 peratus atau 25,538,619 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Manakala 94.9 peratus atau 22,214,024 individu daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 dan 97.5 peratus atau 22,819,122  mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,390,929 individu atau 76 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,719,497 individu atau 86.4 peratus mendapat satu dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 108,821 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 50,527,937 dos.

Related posts

Leave a Comment