LONDON: Pemimpin parti Buruh, Keir Starmer secara rasmi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK) selepas pelantikannya diperkenankan Raja Britain, Raja Charles III pada Jumaat. Starmer dalam ucapan nasional sulungnya dari Downing Street, menekankan komitmen terhadap perpaduan, perkhidmatan awam dan permulaan baharu untuk negara. Dalam ucapannya, Starmer mengiktiraf perdana menteri sebelum ini, Rishi Sunak memujinya atas peranan perintisnya sebagai perdana menteri Asia Britain yang pertama, serta dedikasi dan kerja kerasnya. “Kami mengiktiraf dedikasi dan kerja keras yang dibawanya dalam kepemimpinannya,” katanya. Starmer kemudian membincangkan kemerosotan kepercayaan terhadap politik Britain,…
Read MoreDay: July 5, 2024
Tiada kuarantin, hidup bersama Covid-19
KUALA LUMPUR 5 Julai- Individu yang positif Covid-19 akan dirawat sama seperti jangkitan saluran pernafasan lain dan tidak lagi diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau arahan kuarantin di rumah berkuat kuasa 15 Julai ini. Bagaimanapun mereka ini yang masih berpotensi menyebarkan jangkitan Covid-19 mengambil langkah kawalan dengan digalakkan kekal berada di rumah, memakai pelitup muka, meminimumkan interaksi sosial dan mengelakkan tempat sesak Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataannya memaklumkan peraturan baharu itu dikuatkuasa selepas kes Covid-19 yang dilaporkan serta kes kematian menunjukkan penurunan, selain tiada varian baharu dikesan di Malaysia…
Read MoreNoh: Zahid anggap biasa, Muhyiddin sambut baik
JELI 5 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berhak menyertai mana-mana parti yang disukainya, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, ia adalah perkara biasa bagi mereka yang dipecat oleh parti dan menyertai parti lain. “Mana-mana ahli UMNO yang dipecat bebas menyertai mana-mana parti yang mereka suka. Itu pilihan mereka,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang, di sini, hari ini. Semalam, Noh Omar yang juga bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengumumkan menyertai Bersatu selepas dipecat UMNO pada…
Read MoreRishi Sunak undur pimpin Konservatif
LONDON: Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak mengesahkan beliau akan berundur dari jawatan sebagai ketua Parti Konservatif selepas kekalahan kepada Parti Buruh pimpinan Sir Keir Starmer dalam pilihan raya. Dalam ucapan terakhirnya di 10 Downing Street, Sunak berkata adalah penting untuk membina semula parti itu bagi membolehkan mereka menjadi pembangkang yang berkesan. Sunak turut menyatakan penghormatan terhadap Starmer yang akan mengambil alih peranan sebagai Perdana Menteri tidak lama lagi, dan menganggap beliau sebagai individu yang prihatin akan nasib rakyat. “Saya telah memberikan segala-galanya, tetapi anda telah menghantar isyarat jelas bahawa kerajaan…
Read MoreGaji RM12,000 hasilkan aplikasi judi
KUALA LUMPUR 5 Julai – Polis mengesan satu sindiket yang menggaji pengaturcara perisian sehingga mencecah RM12,000 sebulan untuk menghasilkan aplikasi judi dalam talian yang menyasarkan pelanggan luar negara. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, berkata modus operandi itu dikesan dalam serbuan di dua apartmen di Jalan Tun Razak, pada 27 Jun lalu. Selain gaji mereka juga menyamar seperti syarikat biasa dengan memberikan manfaat kerja lain termasuk caruman Perkeso. Katanya , mereka merekrut individu mahir dalam sistem pengkomputeran dan akan berperanan untuk menghasilkan perisian bagi laman sesawang…
Read MoreBerita pilihan…
Sokong RUU Mufti 2024
IPOH 5 Julai – Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 untuk memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang sudut akidahnya bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah. Menurut JMNPK, RUU itu bukti kesungguhan kerajaan memperkemas tadbir urus hal ehwal Islam, terutama pada isu takrifan ASWJ, dan wajib disokong demi menjamin kesejahteraan umat Islam negara ini. JMNPk merujuk Perkara 4 yang mentakrifkan ASWJ dari sudut akidah bersumberkan aliran al-Asya’irahal-Asya’irah dan al-Maturidiah, selain penekanan kepada Fiqh Mazhab Syafie dan meraikan tiga mazhab yang lain.…
Read MoreTerima kasih ‘SSA’
JOHOR BAHRU 5 Julai – Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengucapkan terima kasih kepada Stadium Shah Alam (SSA) yang kini dalam fasa untuk diroboohkan. Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), itu mengucapkan ‘Terima kasih SSA’, melalui laman media sosial. SSA yang dibina pada 1994 kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan. Selangor bakal mempunyai stadium baharu yang dijangka siap 2026 dan akan dikenali sebagai Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dengan fasiliti sukan yang lebih lengkap serta bertaraf dunia. (Foto FB HRH Crown Prince of…
Read More