Pos penempatan gugat usaha damai

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) mengutuk sekeras-kerasnya pengumuman oleh Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, bahawa lima pos penempatan akan dibenarkan di wilayah Palestin yang diduduki.

Jurucakap EU, Peter Stano berkata ini tindakan itu adalah  satu usaha yang disengajakan untuk menggugat usaha perdamaian.

Pos penempatan adalah komuniti kecil yang didirikan oleh peneroka haram Israel di atas tanah Palestin yang dimiliki secara peribadi

Pada Majlis Eropah minggu ini, Stano berkata pemimpin EU mengutuk keputusan Kerajaan Israel untuk mengembangkan penempatan haram di seluruh Tebing Barat yang diduduki dan menggesa Israel untuk membatalkan keputusan-keputusan itu.

“Selaras dengan pendirian bersama dan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), EU tidak akan mengiktiraf perubahan terhadap sempadan 1967 kecuali disepakati oleh pihak yang terlibat.

EU mengulangi bahawa tindakan melemahkan kuasa Palestin harus dihentikan dan menyeru Israel untuk melepaskan sekatan kewangan dan mengambil langkah yang diperlukan untuk memastikan perkhidmatan perbankan koresponden antara bank-bank Israel dan Palestin tetap beroperasi,” katanya.

Stano menegaskan, EU mengesahkan semula komitmennya yang teguh kepada keamanan yang kekal dan mampan selaras dengan revolusi berkaitan UNSC sebagai asas penyelesaian dua negara dalam menangani konflik.

Kabinet Israel pada Khamis meluluskan langkah-langkah yang dicadangkan oleh Smotrich untuk ‘mengesahkan’ pos penempatan di Tebing Barat.

Related posts

Leave a Comment