Rafizi jangan peningkan kepala PMX – Tuan Ibrahim

SEPANG 30 Jun – Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli supaya tidak memeningkan kepala Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai kenyataan termasuk isu air. Katanya, adalah lebih baik Rafizi “pecah kepala” memikirkan bagaimana untuk membantu Perdana Menteri meyelesaikan kemelut ekonomi dan kos sara hidup dengan mengguna segala formula yang dibentang kepada rakyat sebelum ini. “Saya bersimpati dengan Perdana Menteri (PMX) pada masa ini. Betul lah seperti yang disarankan oleh YB Alor Setar (Afnan Hamimi Taib Azamudden) dalam parlimen baru-baru ini dan diakui PMX, jemaah…

Read More

Semua calon 10A dapat tempat

KUALA LUMPUR 30 Jun – Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan cemerlang 10A dan ke atas serta memohon melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, akan mendapat tempat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan itu berkata, keputusan yang dicapai Jemaah Menteri pada Jumaat lalu itu membuka peluang kepada semua tanpa mengira kaum atau latar belakang. Bagaimanapun, beliau menjelaskan, kuota sedia ada bagi pelajar Bumiputera dalam Program Matrikulasi bawah Kementerian Pendidikan (KPM), tidak terjejas dan kekal sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. “Kerajaan memberi jaminan bahawa pelajar…

Read More

UMNO Bukit Gantang sudah ada calon

BUKIT GANTANG – UMNO bahagian Bukit Gantang sudah ada calon sendiri bukannya Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal sekiranya berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan berkenaan. Ketua UMNO bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie, berkata UMNO bahagian tidak memerlukan penyandang sekarang (Syed Abu Hussin) yang melakukan pengkhianatan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu. “Pengkhianatan dibuat beliau masih lagi kami terasa dan berdarah jadi untuk menerima beliau sebagai calon mewakili BN dan UMNO adalah mustahil. Nak patah balik kepada UMNO boleh tetapi sebagai ahli biasa,…

Read More

Berhenti bernostalgia, fokus tarik sokongan

BERA 30 Jun 2024 – UMNO tidak boleh bernostalgia dengan kejayaan silam kerana hari ini terbukti orang Melayu semakin menjauhkan diri daripada parti ini. Bekas Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob berkata, pilihan raya umum di enam buah negeri telah membuktikan hanya 20 peratus orang Melayu masih bersama UMNO. Beliau berkata, yang mampu mengembalikan kekuatan ini adalah akar umbi di bahagian dan cawangan dengan terus mendekati komuniti setempat khususnya golongan muda. “UMNO perlu menarik kembali pengundi teras (Melayu) terutama pengundi 18 tahun yang sukar untuk dikesan. “Golongan muda ini amat bergantung…

Read More

BN kekal kerjasama PH pada PRU-16

MARAN 30 Jun – Barisan Nasional (BN) akan terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), kata Pengerusinya, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bagaimanapun, beliau berkata, BN dan PH akan masing-masing bertanding menggunakan lambang sendiri pada pilihan raya itu nanti. “Maksudnya, PH boleh bertanding menggunakan lambang PH, dan kita bertanding dengan lambang kita tetapi dari segi kerjasama, kita jalinkan. Asalkan kawasan yang kita bertanding itu tidak ditandingi mereka, dan kita tidak bertanding di kawasan yang mereka bertanding itu,” katanya. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian…

Read More

Pos penempatan gugat usaha damai

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) mengutuk sekeras-kerasnya pengumuman oleh Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, bahawa lima pos penempatan akan dibenarkan di wilayah Palestin yang diduduki. Jurucakap EU, Peter Stano berkata ini tindakan itu adalah  satu usaha yang disengajakan untuk menggugat usaha perdamaian. Pos penempatan adalah komuniti kecil yang didirikan oleh peneroka haram Israel di atas tanah Palestin yang dimiliki secara peribadi Pada Majlis Eropah minggu ini, Stano berkata pemimpin EU mengutuk keputusan Kerajaan Israel untuk mengembangkan penempatan haram di seluruh Tebing Barat yang diduduki dan menggesa Israel untuk membatalkan keputusan-keputusan itu.…

Read More

Tiada kemajuan gencatan senjata

BEIRUT: Rundingan perjanjian dengan Israel mengenai gencatan senjata Gaza dan perjanjian pembebasan tebusan yang dibentangkan bulan lalu oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, tidak menunjukkan sebarang kemajuan. Seorang pegawai kanan Hamas berkata pelan itu yang dikatakan dicadangkan Israel termasuk gencatan senjata enam minggu disertai pengunduran Israel dari kawasan padat penduduk serta pembebasan beberapa tebusan sebagai pertukaran untuk tahanan Palestin yang di penjara di Israel. Mengikut laman berita AS Axios, ‘tiga sumber dengan pengetahuan langsung’, berkata Washington membentangkan ‘perenggan baharu untuk sebahagian daripada’ perjanjian yang dicadangkan. Pada Sabtu, Osama Hamdan,…

Read More