Penjaga kunci Kaabah meninggal

MAKKAH – Ketua Pemegang Kunci Kaabah, Sheikh Saleh Al-Shaibi, 74 meninggal dunia, semalam dan disolatkan di Masjidilharam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Mu’alla di sini..

Untuk rekod, Dr Saleh Bin Zainul Abideen Al-Shaibi dilantik sebagai penjaga Kaabah pada 2013 selepas bapa saudaranya, Abdulqader Taha Al-Shaibi meninggal dunia.

Pada masa ini, fungsi penjaga terhad kepada pembukaan dan penutupan Kaabah.

Istana Diraja, Kementerian Dalam Negeri dan pasukan kecemasan akan menyelaras dengan penjaga jika terdapat tetamu negara.

Al-Shaibi merupakan penjaga dan pemegang kunci Kaabah ke-109 selepas sahabat Nabi Muhammad SAW, Uthman ibn Talha.

Susulan tradisi turun-temurun, orang seterusnya yang akan menjadi pemegang kunci Kaabah juga dipilih daripada keluarga Al Shaiba

Menurut sejarah, sejak lama dahulu, penjaga asalnya ialah cucu kepada Qusai Bib Kilab Bin Murrah.

Selepas penaklukan Mekah, Ali Ibn Talib membawa kunci tersebut ke Kaabah daripada Othman Ibn Talha, penjaga Kaabah namun bukan Muslim.

Sebaik itu berlaku, Allah berfirman agar Nabi Muhammad SAW mengembalikan kunci itu kepada pemilik berhak.

“Allah perintahkan kamu pulangkan amanah kepada mereka yang berhak; dan apabila kamu menghakimi dua orang, hakimilah dengan seadilnya.” (Surah An-Nisa 4:58)

Nabi Muhammad SAW kemudian mengarahkan Ali Ibn Talib memulangkan kunci itu kepada Othman Ibn Talha dan meminta maaf kerana kekhilafan itu.

Othman Ibn Talha terkejut, bagaimana penakluk Makkah itu memulangkan kunci itu kepadanya walaupun dia bukan Muslim.

Ali Ibn Talib kemudian memberitahunya, Allah mahu dia simpan kunci Kaabah itu dan mendengar itu, Othman Ibn Talha terus memeluk Islam dan sehingga kini, Bani Shaiba terus menjadi penjaga kepada kunci Kaabah.

Justeru, mereka bertugas menjaga tempat suci itu, termasuk membuka dan menutup pintu Kaabah, menjaga dan mencuci Kishwah, kain besar yang menutup Kaabah.

Kunci itu dibuat daripada nikel, disalut dengan emas 18 karat sementara panjangnya pula 35 sentimeter. Kunci itu disimpan dalam sebuah beg hijau dengan sulaman emas di atasnya tertera petikan yang tertulis: “Allah perintahkan kamu melakukan tugas kamu demi umat.”

Nnnn

Related posts

Leave a Comment