KUALA LUMPUR 23 Jun – Pas tetap kekal bersama gabungan serta kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan menganggap kenyataan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, bahawa parti itu mahu menyertai Kerajaan Perpaduan sebagai imaginasinya sendiri. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, berkata kenyataan Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu juga tiada kaitan dengan realiti politik. “Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seharusnya bersikap lebih telus dan tidak terus syok sendiri dengan permainan persepsi serta fitnah untuk memburukkan pesaing politik Putrajaya, terutama Pas,” katanya dalam satu kenyataan. Takiyuddin berkata kenyataan Fahmi jelas bertujuan mengelirukan orang ramai dan menimbulkan…
Read MoreDay: June 23, 2024
Bung Moktar bidas Jeffrey Kitingan
KIMANIS 23 Jun – “Jeffrey orang Dusun, saya orang Sungai…sama saja ‘ kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Bung Moktar Radin berhubung kenyataan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Dr Jeffrey Kitingan yang menolak parti dari Malaya (Semenanjung) merebut kerusi Parlimen di Sabah. Bung Moktar menegaskan UMNO yang bertapak di Sabah dipimpin oleh rakyat tempatan termasuk beliau yang juga penduduk asal negeri ini. “Semalam STAR menyatakan parti Malaya (Semenanjung) tidak perlulah bertanding Parlimen di Sabah sebab sudah banyak kerusi di Malaya. Jangan cuba-cuba lagi ambil kerusi Parlimen di Sabah. “Siapa…
Read MoreUMNO mahu Khazanah tidak jual saham
JASIN 23 Jun – UMNO mahu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) tidak meneruskan jualan pegangan saham dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel, BlackRock melalui Global Infrastructure Partners (GIP). Timbalan Presidennya, Mohamad Hasan berkata, walaupun keputusan berkenaan tidak dibuat melalui Kabinet, namun beliau berharap keputusan itu dikaji semula. “Kita menteri-menteri UMNO memberikan pandangan jika boleh perkara ini tidak diteruskan tetapi dia punya transaction itu sudah terlampau advanced. “Jadi kita tengoklah macam mana, kita pun tidak tahu sama ada diteruskan atau pun tidak (keputusan ) bukan di kalangan kita kerana…
Read MoreUMNO bukan parti ‘melukut di tepi gantang.’
KIMANIS 23 Jun – Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan UMNO bukan parti ‘melukut di tepi gantang.’ apabila ia dibuktikan dengan tujuh menteri parti itu turut mengukuhkan Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO juga mempunyai tujuh timbalan menteri, termasuk Timbalan Menteri Luar, Mohamad Alamin yang juga Ketua UMNO bahagian Kimanis. “Kita juga mempunyai tujuh timbalan menteri, termasuk Tok Moh (Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin). Malah, saya melihat beliau mempunyai potensi untuk menjadi menteri penuh selepas Pilihan Raya Umum (PRU). Saya…
Read MorePermit IM batal jika wujud lesen terbang
SEREMBAN 23 Jun – Kementerian Pengangkutan akan menamatkan permit operasi institut memandu (IM) yang didapati terbabit dengan lesen kopi o atau lesen terbang. Menterinya, Anthony Loke ketika memberi amaran itu, mengakui gejala berkenaan sudah lama berlarutan dan tidak menafikan ia masih wujud, namun sudah berkurangan. “Jangan terbabit dalam apa-apa unsur yang tidak baik, unsur rasuah. Mesti kita hapuskan bersama sebab sudah lama saya dengar ada lesen kopi o, lesen terbang dan macam-macam lagi. Ini yang kita nak betul- betul hapuskan. Kerana kalau kita terbabit dengan perkara ini, yang menjadi mangsa…
Read MoreMyPPP mahu bangkit semula
BENTONG 23 Jun – Parti Progresif Rakyat (MyPPP), bersedia untuk kembali ke medan perjuangan’ dan berkhidmat kepada rakyat selepas mengalami krisis kepimpinan dan ketidakstabilan politik parti itu sejak lima tahun lalu. Pemangku Presidennya, Dr J Loga Bala Mohan berkata, kebangkitan itu akan bermula dengan perhimpunan agung tahunan pertama selepas lima tahun tidak diadakan, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 18 Ogos ini. Bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian Konvensyen MyPPP Pahang semalam, beliau berkata, Pendaftar Pertubuhan (RoS) juga sudah mengiktiraf keabsahan Majlis Tertinggi parti itu, 11 April tahun…
Read MoreBerita pilihan…
Haji: Mesir lucut lesen 16 syarikat
KAHERAH: Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly mengarahkan 16 syarikat pelancongan dilucutkan lesen dan merujuk pengurus syarikat terbabit ke pejabat pendakwa raya kerana membawa jemaah haji ke Makkah secara haram. Menurut kenyataan Kabinet, lesen syarikat berkenaan dibatalkan manakala pengurus mereka dirujuk kepada pendakwa raya dan mengenakan denda untuk memberi manfaat kepada keluarga jemaah haji yang meninggal dunia disebabkan mereka. Laporan media menyebut, sebanyak 658 kematian jemaah haji Mesir dilaporkan dan 630 daripadanya adalah jemaah yang tidak berdaftar.’ Media baru-baru ini melaporkan, beberapa negara mengesahkan bahawa kebanyakan jemaah haji mereka yang meninggal…
Read MorePenjaga kunci Kaabah meninggal
MAKKAH – Ketua Pemegang Kunci Kaabah, Sheikh Saleh Al-Shaibi, 74 meninggal dunia, semalam dan disolatkan di Masjidilharam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Mu’alla di sini.. Untuk rekod, Dr Saleh Bin Zainul Abideen Al-Shaibi dilantik sebagai penjaga Kaabah pada 2013 selepas bapa saudaranya, Abdulqader Taha Al-Shaibi meninggal dunia. Pada masa ini, fungsi penjaga terhad kepada pembukaan dan penutupan Kaabah. Istana Diraja, Kementerian Dalam Negeri dan pasukan kecemasan akan menyelaras dengan penjaga jika terdapat tetamu negara. Al-Shaibi merupakan penjaga dan pemegang kunci Kaabah ke-109 selepas sahabat Nabi Muhammad SAW, Uthman ibn…
Read More