ANGKASA teroka perniagaan baharu

PETALING JAYA 22 Jun – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan meneroka perniagaan baharu dalam usaha memperkasakan lagi sektor koperasi dan ekonomi negara, kata Presidennya,  Dr Abdul Fattah Abdullah. Bagi tujuan itu, katanya, Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA ke-38 (MAPA 2024) meluluskan cadangan peruntukan RM30 juta, yang antara lain akan melaksanakan Projek Pembangunan Perniagaan Koperasi dan Projek Keterjaminan Makanan yang meliputi kategori tanaman, ternakan dan perikanan. “Dunia sekarang menghadapi isu perubahan iklim, kita lihat banyak negara yang sepatutnya keluarkan bahan makanan dilanda kemarau, banjir, peperangan yang mengakibatkan bekalan makanan tidak…

Read More

Enam kerusi Parlimen perlu dikosongkan

JOHOR BAHRU 22 Jun –  Speaker Dewan Rakyat,  Johari Abdul, perlu mengosongkan enam kerusi Ahli Parlimen Bersatu, susulan notis dikemukakan serta bagi  menghormati Perlembagaan Persekutuan yang dipinda mengikut Akta Anti Lompat Parti, yang juga diluluskan oleh Ahli Dewan berkenaan.. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, berkata, menjadi tugas Speaker untuk menghormati Perkara 49 A(1) Perlembagaan Persekutuan membabitkan Akta Anti Lompat Parti. Perkara 49A(1) Perlembagaan Persekutuan antara lain menjelaskan seseorang Ahli Dewan hendaklah terhenti dan kerusinya hendaklah menjadi kosong sebaik saja suatu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Yang di-Pertua…

Read More

Saravanan kekal Timbalan Presiden MIC

KUALA LUMPUR 22 Jun – Ahli Parlimen Tapah,  M. Saravanan mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden MIC selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding bagi penggal 2024-2027 pada pemilihan parti kali ini. Presiden MIC S A Vigneswaran mengumumkan keputusan itu selepas Saravanan muncul sebagai satu-satunya calon untuk jawatan berkenaan apabila pencalonan ditutup pada pukul 1 tengah hari ini. “Oleh sebab beliau mendapat sokongan majoriti dari parti kita, Datuk Seri M Saravanan sekali lagi menjadi Timbalan Presiden MIC,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat MIC di sini hari ini. Selain Timbalan Presiden,…

Read More

PP-KPR pantau kempen PRK Sungai Bakap

NIBONG TEBAL 22 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap. Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Shahron, berkata calon yang membayar deposit bahan kempen pilihan raya adalah tertakluk kepada undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan. Katanya, ia sebagaimana diperuntukkan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5], bagi tujuan mempamer dan mengedarkan bahan kempen pilihan raya yang mengandungi gambar calon, lambang, simbol parti dan gambar pemimpin parti…

Read More

Menyamar NSRC, simpanan RM584,000 lesap

KUALA LUMPUR 22 Jun –  Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 60 kertas siasatan berhubung kes penyamaran sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang melibatkan kerugian RM7.66 juta. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman,  Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah kertas siasatan dan nilai yang direkodkan itu adalah sehingga 15 Jun tahun ini, yang bukannya satu nilai kecil. Katanya, kes terbaharu, pada Rabu lalu, seorang warga emas berusia 70 tahun di Johor mengalami kerugian RM584,000 selepas menjadi mangsa penipuan penyamaran sebagai pegawai NSRC. Lebih malang katanya, siasatan yang dijalankan…

Read More

Menanti ‘pendirian’ Speaker Dewan Rakyat

APAKAH nasib enam anggota Parlimen yang sebelum ini mewakili Bersatu tetapi keahlian mereka terhenti secara serta-merta selepas mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim? Bersatu sudah mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Rakyat (DR), Johari Abdul meminta supaya enam kerusi Parlimen diwakili wakil rakyatnya dikosongkan. Mengambil contoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Nenggiri atas alasan sama iaitu keahlian terhenti, adakah Johari juga akan berbuat demikian? Tetapi Kelantan di bawah penguasaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan sudah tentu tidak akan menangguhkan kekosongan itu sedangkan di peringkat Persekutuan,…

Read More

PRK : SPRM buka dua bilik gerakan

PUTRAJAYA 22 Jun – Orang ramai diminta menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan perbuatan rasuah atau salah guna kuasa di bilik gerakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undang Negeri (DUN) Sungai Bakap yang dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, dua lokasi bilik gerakan itu akan beroperasi 24 jam hingga 6 Julai ini iaitu di SPRM Pulau Pinang, Jalan Sultan Ahmad Shah dan di SPRM Cawangan Seberang Perai. Langkah itu bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang…

Read More

Tanggungjawab Israel pulih ketenteraman

NEW YORK: Israel bertanggungjawab memulihkan semula keselamatan dan ketenteraman awam di Semenanjung Gaza supaya bantuan kemanusiaan dapat disampaikan kepada penduduk, tegas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres, berkata berlaku ‘pelanggaran undang-undang secara menyeluruh’ di Gaza di mana badan antarabangsa itu memberi amaran krisis kebuluran semakin meruncing dalam kalangan kira-kira 2.3 juta penduduk berikutan perang Israel-Hamas yang sudah berlarutan lebih lapan bulan. “Kebanyakan trak membawa bantuan kemanusiaan di dalam Gaza kini disamun. Gaza dihambat keadaan yang begitu kacau-bilau dan tiada pihak berkuasa di kebanyakan wilayah,” katanya. Beliau turut memaklumkan…

Read More

Satu lawan satu di PRK Sungai Bakap

NIBONG TEBAL 22 Jun – Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pada 6 Julai ini. Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim, ketika mengumumkan demikian berkata, pihaknya hanya menerima pencalonan calon PH, Joohari Ariffin, 60, dan calon PN, Abidin Ismail, 56. Beliau berkata, semakan mendapati kedua-dua calon itu layak bertanding dan tiada bantahan diterima daripada mana-mana pihak. Terdahulu proses penyerahan borang pencalonan berakhir pukul 10 pagi di Dewan Serbaguna Jawi di sini. Joohari yang mewakili PH adalah…

Read More