Wanita warga emas rugi RM4 juta

SHAH ALAM 6 Jun – Wanita warga emas, pesara  sebuah syarikat swasta kerugian lebih RM4 juta selepas terpedaya dengan tawaran skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata wanita berusia 63 tahun itu membuat laporan berhubung pelaburan tidak wujud pada pukul 12.32 tengah malam tadi. Katanya, wanita berkenaan melaporkan melihat iklan pelaburan saham di laman Facebook pada pertengahan Mac lalu. “Pengadu kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan Whatsapp dan diminta untuk membuka satu akaun pelaburan iaitu Foreign Direct Investment (FDI) Hub bertujuan…

Read More

Jakim akan panggil Ustaz Don

PUTRAJAYA 6 Jun – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid bagi mendapatkan perincian berhubung kontroversi dikaitkan dengan penceramah itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pertemuan itu tidak perlu diadakan secara serius, sebaliknya berkonsepkan santai bagi merungkai permasalahan berkenaan. Beliau dalam pada itu menasihati agamawan supaya berhati-hati dalam menyampaikan ceramah termasuk menyemak hadis bagi memastikan kesahihan. Di samping itu, katanya, umat Islam perlu ada sifat tawaduk dan rendah diri untuk menerima…

Read More

Giliran penduduk Sungai Bakap ‘diraikan’

SELEPAS Kuala Kubu Bharu (KKB), kini tiba pula giliran penduduk atau pengundi N.20 Sungai Bakap di Seberang Perai Selatan ‘menikmati laba’ Pilihan Raya Kecil (PRK) apabila ramai pemimpin politik terutama di pihak kerajaan ‘turun padang’. Pastinya pelbagai bantuan dan janji akan ‘turun’ bagaikan salji putih ke Sungai Bakap yang akan mengadakan PRK pada 6 Julai susulan kekosongan mengejut berikutan kematian Nor Zamri Latiff (PN) pada 24 Mei lalu. Mengambil kira tempoh sekarang dan hari penamaan calon 22 Jun,  serta hari mengundi 6 Julai, ada lebih kurang 30 hari penduduk kawasan itu…

Read More

Korban: Isu antara JMB dan surau

TANJONG 6 Jun – Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak pernah menghalang atau menyekat pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha di negeri itu, kata Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid. Beliau berkata pihaknya mengambil maklum isu tular membabitkan halangan pelaksanaan korban di Surau Wardah yang terletak dalam kawasan Kondominium The Rise Collection 2 di Jalan Dr Wu Lien Teh, di sini, baru-baru ini. Katanya , berita yang tular berkenaan ibadah korban dihalang itu adalah keputusan di bawah bidang kuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB)…

Read More

25 sungai dalam kategori tercemar

PUTRAJAYA 6 Jun –  Sebanyak 25 daripada 672 sungai di negara ini berada dalam kategori tercemar, membabitkan pengkelasan kualiti air sungai (IKA) kelas tiga dan empat, kata Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof. Beliau memberitahu, sungai itu dikesan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak di mana antara punca pencemaran adalah kerana industri, loji kumbahan, perbandaran, pertanian, perumahan dan penternakan. “Secara keseluruhan, yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) ada sebanyak 672 sungai (di seluruh negara) dan empat peratus atau 25 sungai daripadanya, termasuk dalam kategori tercemar,” katanya.…

Read More

Belum ada petisyen keputusan PRK KKB

PUTRAJAYA 6 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menerima sebarang petisyen berhubung keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei lalu. Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom, berkata selepas kemenangan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao, tidak ada petisyen dikemukakan oleh Perikatan Nasional (PN). “Setakat ini belum ada,” katanya ringkas ketika ditanya sama ada pihaknya ada menerima petisyen daripada gabungan parti itu. Sebelum ini, Pengerusi PN Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya sedang mengumpulkan fakta dan bukti salah laku dalam PRK…

Read More

Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap 6 Julai

PUTRAJAYA  6 Jun – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap  akan diadakan pada 6 Julai ini manakala penamaan calon ditetapkan pada 22 Jun. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom, berkata pengundian awal pula ditetapkan pada 2 Julai ini. Azmi mengumumkan tarikh berkenaan dalam sidang media hari ini selepas mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan dan tarikh-tarikh penting untuk PRK tersebut. PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff, 56 pada 24 Mei lalu semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang…

Read More

Rebat air percuma 10,000 liter

TANJONG 6 Jun –  Selepas kebanyakan pengguna mengeluh dan terkejut dengan tarif baharu air, kerajaan negeri memberikan rebat dalam bentuk air percuma 10,000 liter pertama bagi setiap bil air selama enam bulan. Pada masa yang sama, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) juga diminta meluaskan skim Rebat Mesra Keluarga RM20 bagi isi rumah besar. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata pemberian air percuma itu berkuat kuasa Julai hingga Disember 2024 dan skim rebat pula melibatkan isi rumah besar iaitu lapan orang ke atas dengan pendapatan RM5,000…

Read More

BJP gagal capai majoriti pilihan raya India

NEW DELHI: Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi gagal mencapai majoriti mudah dalam Pilihan Raya Peringkat Kebangsaan. Pengiraan undi  lewat Selasa menunjukkan bahawa blok pembangkang memberikan saingan lebih baik daripada yang dijangka dalam pilihan raya kali ini. BJP dijangka memenangi 240 kerusi, diikuti oleh parti pembangkang utama, Kongres Kebangsaan India mendapat 98 kerusi, menurut trend dan keputusan rasmi. Parti Samajwadi dijangka memenangi 37 kerusi, Parti Kongres Trinamool Seluruh India (AITC) pimpinan Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee dijangka mendapat 29 kerusi, dan Dravida Munnetra Kazhagam (DMK) pimpinan…

Read More