KUALA LUMPUR 3 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berangkat ke restoran Nasi Lemak Wanjo yang terletak di Kampung Baru dekat sini.
Kunjungan baginda menarik perhatian ramai terutama pengunjung yang ada di restoran berkenaan pada hari cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
Menerusi catatan di laman Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berangkat ke Kampung Baru, untuk santapan sarapan pagi.
Sultan Ibrahim juga berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra serta bergambar dengan rakyat.
foto FB Sultan Ibrahim
Nnn
