Tindakan gantung Awesome tak beretika

KUALA LUMPUR 28 Mei –  Tindakan MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) menggantung siaran Awesome TV berkuat kuasa hari ini adalah tidak beretika dan menyalahi undang-undang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV Adam Ilyas. Beliau berkata ini kerana keputusan akhir berkaitan permohonan semakan di Mahkamah Rayuan masih belum dibuat. Di samping itu, Awesome TV dalam satu kenyataan hari ini turut memfailkan rayuan kepada tribunal rayuan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) dan masih menunggu keputusan. “Perkara ini masih di peringkat mahkamah dan sedang menunggu keputusan akhir. Oleh itu tindakan MYTV Sdn Bhd…

Read More

Desak adakan pilihan raya Israel

TEL AVIV: Ribuan penunjuk perasaan Israel turun ke jalanan, semalam, untuk menggesa diadakan pilihan raya yang baharu serta menuntu lebih banyak tindakan daripada kerajaan untuk membawa pulang tebusan yang ditahan di Gaza. Ini bukan kali pertama penunjuk perasaan mengambil tindakan seumpama itu yang memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu. Protes dilihat berterusan ketika perang di Gaza menghampiri bulan ketujuh dan di tengah-tengah kemarahan yang semakin meningkat terhadap kerajaan kerana masih terdapat 133 tebusan Israel ditahan gerakan Hamas. Media melaporkan kebanyakan rakyat Israel menyalahkan Netanyahu atas kegagalan keselamatan yang membawa…

Read More

Hamas dakwa tawan askar Israel

KAHERAH: Pejuang Hamas mendakwa berjaya menangkap askar Israel semasa pertempuran di Jabalia di utara Gaza pada Sabtu, walaupun tentera Israel menafikan dakwaan itu. Bagaimanapun jurucakap sayap bersenjata Hamas tidak menyatakan berapa ramai askar yang diculik, dan tidak menunjukkan bukti dakwaan itu. Dalam satu mesej yang dirakamkan dan disiarkan oleh Al Jazeera, jurucakap Briged Al Qassam, Abu Ubaida berkata pejuangnya berjaya memperdaya tentera Israel masuk ke dalam serangan hendap di dalam terowong sebelum pejuang melancarkan serangan. “Tentera Israel berundur dengan meninggalkan semua anggota pasukan mereka yang mati, cedera, dan ditangkap,” kata…

Read More

Tidak mustahil demonstrasi jalanan kembali

KUALA LUMPUR 25 Mei – Kongres Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2024 yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) sini, hari ini meluluskan 19 daripada 20 usul yang dibahaskan. Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, usul tersebut pemisahan kuasa Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya serta pelantikan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Parlimen. Katanya, usul yang ditolak membabitkan penyelarasan maklumat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang tiada kena mengena dengan agenda reformasi institusi yang dibawa…

Read More

Isunya kesan terhadap rantaian ekonomi

KUALA LUMPUR 25 Mei – Isu pokok yang meresahkan rakyat adalah kesan pemotongan subsidi minyak terhadap keseluruhan rantaian ekonomi, yang pastinya akan melonjakkan lagi kos sara hidup, ketika harga barang sudah pun melambung tinggi. Ketua Pembangkang,  Hamzah Zainudin berkata, pihaknya mengakui pemotongan subsidi diesel ini melibatkan sekelompok sosio masyarakat dan dijangka menjimatkan RM4 bilion setahun. “Tapi, ini juga bermakna akan ada sekumpulan besar rakyat perlu membayar RM4 bilion itu dari “kais pagi, makan pagi” mereka. Siapa yang akan tanggung kenaikan kos ini? Pastinya, kumpulan M40 dan B40 yang paling merasai…

Read More

9,450 tiket ETS tambahan sempena Aidiladha

KUALA LUMPUR 25 Mei – Sebanyak 9,450 tiket tren ETS tambahan termasuk koc kelas perniagaan bagi laluan Padang Besar-KL Sentral dan sebaliknya serta KL Sentral-Butterworth akan mula dijual pada Ahad,  26 Mei mulai pukul 3 petang. Tren tambahan sempena Aidiladha itu akan beroperasi bermula 13 hingga 18 Jun dan 21 hingga 23 Jun bagi laluan Padang Besar ke KL Sentral dan sebaliknya manakala laluan Butterworth ke KL Sentral dan sebaliknya dari 13 hingga 18 Jun. Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), penambahan perkhidmatan ini bertujuan menampung permintaan tinggi semasa musim…

Read More

Fahami objektif penyasaran subsidi

MELAKA 25 Mei – Golongan belia di negara ini perlu memahami objektif di sebalik tindakan kerajaan melaksanakan penyasaran semula subsidi bahan api dan elektrik, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Katanya, golongan belia di Malaysia juga perlu memperkasakan diri dan menuntut pelaksanaan subsidi di negara ini disasarkan secara khusus kepada golongan kurang berkemampuan. Ini kerana, katanya, skim subsidi semasa di negara ini hanya menguntungkan pemilik perniagaan yang kaya, selain 3.8 juta warga asing. “Kerajaan baru-baru ini mengumumkan rasionalisasi subsidi diesel yang mana ia mesti diambil peduli oleh golongan belia memandangkan ia…

Read More

Orkid ‘Aranda Ibrahim Iskandar’

SHAH ALAM – Satu spesies orkid hibrid baharu dinamakan sebagai ‘Aranda Ibrahim Iskandar’ bersempena dengan nama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Orkid hibrid berkenaan, dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda pada Majlis Perasmian Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam, di sini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, dalam ucapan sembah alu-aluan pada majlis itu berkata orkid hibrid berkenaan didaftarkan dengan Penguat Kuasa Pendaftaran Antarabangsa Hibrid Orkid di England. Katanya, bunga oren kemerahan itu membawa maksud bersemangat, berani, tegas dalam membuat keputusan, optimis dan berkepimpinan, sekali…

Read More