KUANTAN 28 Mei – institusi pendidikan Islam perlu bergerak di atas landasan ilmu yang benar agar memudahkan pihak berwajib memberikan bantuan dan menyalurkan apa jua kemudahan, titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Justeru baginda bertitah kerancakan memartabatkan Islam melalui penubuhan apa jua institusi pendidikan Islam perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama. “Kini pelbagai usaha dijalankan oleh banyak pihak bagi memartabatkan Islam dan menzahirkan kecintaan mereka terhadap agama Islam ini. Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Pahang juga tidak ketinggalan terutama dalam…
Read MoreDay: May 28, 2024
Ireland iktiraf Negara Palestin
DUBLIN: Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung Gaza. Perdana Menteri Ireland, Simon Harris, membuat kenyataan itu menyusul pendirian Norway dan Sepanyol yang secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin. “Kami ingin mengiktiraf negara Palestin selepas proses damai berakhir, tetapi kami mengambil langkah ini bersama Sepanyol dan Norway untuk menyokong keamanan,” kata Simon Harris Ketiga-tiga negara Eropah itu mengumumkan langkah berkenaan secara serentak minggu lepas dengan pemimpin mereka menyatakan bahawa mereka berhasrat negara-negara lain akan…
Read MoreKomitmen kerjasama Singapura-Malaysia
SINGAPURA 28 Mei – Perdana Menteri Lawrence Wong dan Menteri Luar Malaysia Mohamad Hasan menegaskan semula komitmen bersama untuk memperluaskan kerjasama yang saling mendatangkan manfaat kepada kedua-dua negara. Menerusi catatan di Facebooknya, Wong berkata, Malaysia adalah negara jiran terdekat ” Singapura, di samping “sejarah yang dikongsi” serta “kepentingan bersama”. Justeru, Singapura berharap dapat bekerjasama rapat dengan Malaysia bagi menggerakkan usaha memelihara kerjasama serantau, dengan Malaysia bakal menjadi Pengerusi ASEAN pada 2025.. Menurut Wong walaupun mereka telah bertemu beberapa kali sebelum ini, tetapi kali ini ia merupakan lawatan pertama Mohamad ke…
Read MoreHentikan jualan 2 produk rempah dari India
PUTRAJAYA 28 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan para peniaga menghentikan serta merta penjualan dua produk rempah dari India iaitu Everest Fish Curry Masala dan MDH Curry Powder yang dipercayai mengandungi etilena oksida. Peniaga yang dimaksudkan termasuk peniaga dalam talian manakala semua platform e-dagang serta media sosial diminta untuk menghentikan penyiaran iklan makanan itu. KKM dalam kenyataannya menjelaskan, Etilena Oksida sering digunakan untuk membunuh serangga perosak dan turut digunakan dalam rempah untuk mengawal cemaran mikrobiologi yang berpunca daripada bakteria, virus dan kulat. Selain itu, ia juga digunakan sebagai bahan aktif…
Read MorePasangan tular sah suami isteri
KUALA KEDAH 28 Mei – Pasangan yang tular membawa bayi lelaki berusia 11 bulan menunggang motosikal dengan memakai alat pernafasan baru-baru ini disahkan sebagai suami isteri hari ini. Mohd Azlan Ishak, 36 kini menjadi suami kepada Norhidayu Halim, 35, selepas dinikahkan oleh Imam Masjid Al Maarufi, Muhammad Hazamer Mualim pada pukul 6 petang hari ini. “Alhamdulillah, segalanya sudah selesai, kami sudah menjadi suami isteri. Tutup buku lama dan buka buku baru. Saya mengharapkan seluruh rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik dan tidak menceritakan perihal buruk kami,” katanya. Pembantu pelantar ikan itu…
Read MoreKes menyamar pegawai MCMC meningkat
PUTRAJAYA 28 Mei – Dalam tempoh seminggu yang lalu, terdapat peningkatan kes yang diterima oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai MCMC. MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan modus operandi panggilan yang diterima bermatlamat memperdaya mangsa bagi tujuan tertentu. Menurut kenyataan itu, pemanggil memperkenal dirinya sebagai pegawai MCMC dan memaklumkan nombor telefon mangsa terbabit dalam kegiatan jenayah dan mendakwa sekiranya mangsa gagal mengikut arahan yang diberikan, talian akan disekat atau disenarai hitam. MCMC menegaskan sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai urusan berkaitan…
Read MoreIKIM lancar buku infografik urus harta
KUALA LUMPUR 28 Mei – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) melancarkan tiga buku dalam bentuk infografik melalui Siri Infografik Hifz Al-Mal atau Pengurusan Harta Keluarga Islam. Dibiayai sepenuhnya Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), buku ini menampilkan konsep informatif sebagai panduan perancangan dan pengurusan harta yang sistematik selari kehendak syarak. Tiga buku dalam siri berkenaan adalah Hibah, karya Mohd Faiz Adnan dan Siti Shamsiah Mohd Supi; Harta Sepencarian pula dihasilkan Mohammad Taifor Ahmad Rusdi dan Wasiat (Mohamed Fouzi Mokhtar dan Dr Mohd Zamro Muda). Menurut Ketua Pengarah IKIM, Dr Mohamed Azam…
Read MoreAli Rustam dilantik semula YDP Melaka
KUALA LUMPUR 28 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Dr Mohd Ali Mohd Rustam sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal kedua bermula 4 Jun 2024. Istiadat pengurniaan itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Mohd Ali, 75, yang akan menjawat jawatan itu bagi tempoh empat tahun lagi sebelum ini dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ketujuh pada 4 Jun 2020 bagi menggantikan Tun Mohd Khalil Yaakob. Mohd Ali yan berkelulusan Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan)…
Read MoreDRT: Biar pihak berkuasa siasat
KUALA LUMPUR 28 Mei – Biar pihak berkuasa siasat. Itu penjelasan Anwar Ibrahim berhubung pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor kepada syarikat suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. “Yang ini serah pada pihak berkuasa, jika mereka ada (terima) laporan, ia seharusnya disiasat dengan telus,” kata Perdana Menteri ketika ditemui pemberita di luar Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam di sini, hari ini. Minggu lalu, Exco Selangor, Ng Sze Han, menyatakan Asia Mobility Technologies Sdn Bhd, adalah satu daripada dua syarikat yang dipilih untuk projek…
Read MoreKenderaan asing dari Singapura wajib ada VEP
PUTRAJAYA 28 Mei – Semua kenderaan asing dari Singapura yang memasuki Johor diwajibkan mempunyai Permit Masuk Kenderaan (VEP) mulai 1 Oktober ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata peraturan itu akan dikuatkuasakan untuk pintu masuk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan di Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura. Katanya, penguatkuasaan VEP itu bertujuan memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi sepenuhnya peraturan jalan raya di Malaysia. Loke memberitahu, sejak April 2019, Kementerian Pengangkutan melaksanakan pendaftaran VEP bagi pemilik kenderaan…
Read More