KKM lancar ‘perang’ ke atas gula

PUTRAJAYA 16 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) akan melancarkan ‘perang’ ke atas gula dalam tempoh terdekat sebagai usaha kerajaan mengurangkan peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan rakyat. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pendekatan itu akan dibuat melalui penggredan minuman mengikut kandungan gula, seperti Singapura yang mengkelaskan kandungan gula dalam minuman bagi kategori A, B, C dan D. Di samping itu, kempen advokasi mengurangkan pengambilan gula secara besar-besaran akan dilaksanakan melalui inisiatif yang sudah dilaksanakan. “Antaranya pendekatan fiskal iaitu pengenaan cukai eksais kepada minuman bergula dan minuman pra-campuran yang…

Read More

Setengah juta dewasa hidap 4NCD

PUTRAJAYA 16 Mei – Lebih setengah juta atau 2.5 peratus penduduk dewasa negara ini menghidap empat penyakit tidak berjangkit (NCD) iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan obesiti, kata Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad. Katanya, empat penyakit itu menyumbang risiko utama kepada penyakit jantung dan serangan angin ahmar atau strok yang mana daripada jumlah 2.5 juta berkenaan seramai 2.3 juta individu dewasa negara ini menghidap tiga daripada empat NCD. Beliau berkata, penemuan itu diperoleh daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan Permintaan…

Read More

Istiadat pertabalan Agong 20 Julai

KUALA LUMPUR 16 Mei – Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan berlangsung di Istana Negara pada Sabtu,  20 Julai ini, bermuka pukul 10 pagi, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Beliau memberitahu, sebelum itu, majlis bacaan surah Yasin dan doa selamat akan berlangsung di Masjid Negara pada 18 Julai mulai pukul 5.30 petang manakala, khutbah khas akan dibacakan pada solat Jumaat keesokannya di Masjid Negara. “Ini diikuti dengan majlis Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara dan pada hari sama, kerajaan akan menganjurkan Majlis Santapan…

Read More

Rugi RM400,000 akibat pelaburan WhatsApp

.SEREMBAN 16 Mei – Seorang pekerja swasta kerugian RM400,000 apabila wang dilaburkan lesap selepas menyertai skim pelaburan tidak wujud melalui aplikasi Whatsapp sejak hujung Mac lalu. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, sehingga Ahad lalu, mangsa berurusan melalui WhatsApp dan membuat 19 transaksi. “Pihak polis menerima satu laporan polis berkait dengan modus operandi sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara atas talian yang membabitkan kerugian berjumlah RM401,075. Mangsa seorang lelaki pengurus syarikat swasta yang berurusan melalui WhatsApp dengan beberapa individu yang tidak dikenali dan dipercayai menyertai…

Read More

Penggunaan rokok elektronik meningkat 600 peratus

PUTRAJAYA 16 Mei –  Penggunaan rokok elektronik meningkat 600 peratus di negara ini dengan 5.8 peratus pengguna dikenal pasti pada 2023 berbanding 0.8 peratus pada 2011, kata Menteri Kesihatan,  Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata data itu didedahkan dalam Global Adult Tobacco Survey (GATS) iaitu tinjauan isi rumah peringkat kebangsaan yang juga dilakukan di lebih 30 negara berpendapatan rendah dan sederhana yang dibebani penggunaan tinggi tembakau. Katanya, data juga menunjukkan seramai 4.8 juta orang atau 19 peratus penduduk dewasa negara ini adalah perokok tembakau dengan 3.7 juta atau 14.6 peratus golongan…

Read More

30,000 tempat duduk bagi jemaah Andalusia

KUALA LUMPUR 16 Mei – Sebanyak 30,000 tempat duduk penerbangan tersedia bagi jemaah umrah yang memilih pakej umrah bersama Andalusia Travel and Tours (Andalusia) bagi musim umrah tahun 1446H (2024/2025). Ketersediaan tempat duduk itu susulan pengendali haji dan umrah itu menandatangani kontrak bernilai RM100 juta melalui memorandum persefahaman (MoU) dengan AMAL by Malaysian Airlines hari ini. Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris, berkata, MoU kali ini memeterai kontrak 77 penerbangan kapal penuh FBS dengan kapasiti 283 tempat duduk dan 76 penerbangan SBS dengan 90 tempat duduk setiap kapal.…

Read More

Pengunjung 36 lagi negara boleh guna Autogate

PUTRAJAYA  16 Mei – Mulai 1 Jun, pengunjung dari 36 lagi negara berisiko rendah dibenarkan menggunakan sistem pagar automatik (Autogate) di semua pintu masuk negara yang memiliki kemudahan itu. Negara tersebut termasuk semua negara Kesatuan Eropah (EU), Bahrain, Qatar, Oman, Jordan, China, Kanada, Hong Kong serta Taiwan. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata dengan kebenaran tambahan itu, jumlah negara yang boleh menggunakan kemudahan berkenaan meningkat kepada 46. “Inisiatif ini membolehkan pemeriksaan di pintu masuk lebih cepat dan dipermudahkan tanpa kompromi elemen keselamatan, sekali gus untuk menangani kesesakan di pintu…

Read More

Perancis isytihar darurat di New Caledonia

NOUMEA: Perancis mengisytiharkan darurat bermula hari ini, dengan mengarahkan tentera mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa di New Caledonia, selepas rusuhan berdarah sejak kelmarin. Selama dua hari rusuhan yang berterusan, empat orang maut termasuk seorang anggota tentera manakala ratusan lagi cedera. Rusuhan itu tercetus selepas Dewan Perhimpunan Kebangsaan di Parlimen Perancis menyokong perubahan pada daftar pengundian, yang didakwa akan mengurangkan peratusan undi penduduk etnik Kanak di New Caledonia. Mereka pada dasarnya menolak keputusan Dewan Perhimpunan Kebangsaan Perancis, yang bersidang 17,000 kilometer (km) jauhnya dari New Caledonia, untuk membenarkan orang yang…

Read More

Hamas putuskan pemerintahan pasca perang

DOHA: Semua kepimpinan Hamas akan terbabit sepenuhnya dalam memutuskan pemerintahan pasca perang di Gaza, bersama kumpulan Palestin lain tanpa membabitkan mana-mana pihak asing, kata Ismail Haniyeh. Ketua Hamas itu menegaskan perbincangan mengenai perkara itu hanya akan diputuskan bersama pimpinan parti lain di Palestin. “Hamas akan terus kekal berada di sini dan hanya pergerakan ini bersama semua pihak berkepentingan lain di Palestin yang akan menentukan pemerintahan pasca perang di Gaza,” katanya melalui ucapan yang disiarkan di televisyen. Pihaknya turut mengakui masa depan rundingan gencatan senjata masih samar kerana kedegilan Israel untuk…

Read More