Pengambilan sedia ada kekal

KUALA LUMPUR 16 Mei –  Universiti Teknologi Mara (UITM) menegaskan bahawa pengambilan sedia ada adalah kekal dan tiada perbincangan di peringkat Senat mahupun Mesyuarat Eksekutif Universiti berhubung kemasukan pelajar bukan Melayu, kata Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib. Beliau berkata pihaknya berpegang teguh kepada akta dan peruntukan seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. “Saya menyeru kepada semua mahasiswa untuk menumpukan usaha menunaikan amanah sebagai pelajar. Gunakan masa yang sangat berharga untuk belajar dan timbalah ilmu sebanyak mungkin untuk bekal masa depan yang tidak menentu. Inilah perjuangan hakiki seorang mahasiswa.…

Read More

Ikrar Lawrence Wong untuk rakyat Singapura

SINGAPURA 15 Mei – Perdana Menteri keempat Singapura, Lawrence Wong, 51 berikrar untuk berkhidmat sebaik mungkin untuk semua rakyat Singapura di sebalik dunia sedang bergelora dan tidak menentu. Beliau yang berucap dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin pada majlis pelantikannya sebagai Perdana Menteri berjanji akan bekerja keras dan turun padang untuk mendekati dan memperbaiki mutu kehidupan rakyat Singapura. Ketika berucap dalam bahasa Melayu pada majlis angkat sumpah yang berlangsung di Istana malam ini, Wong menyatakan rasa rendah diri, dan berbesar hati kerana diamanahkan dengan tanggungjawab ini. “Saya berikrar untuk berkhidmat…

Read More

Malaysia, Republik Kyrgyz bangunkan industri halal

BISHKEK: Malaysia dan Republik Kyrgyz menyatakan hasrat untuk membangunkan industri halal antara agensi dan organisasi yang berkaitan antara kedua-dua negaraberdasarkan kepentingannya yang semakin meningkat dalam ekonomi global. Hasrat tersebut dinyatakan dalam kenyataan bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Republik Kyrgyz Sadyr Zhaparov. Kedua-dua pihak akan menggalakkan pembangunan kriteria dan standard yang sama dalam sektor pengeluaran dan perkhidmatan halal serta pembangunan infrastruktur yang diperlukan, termasuk makmal dan pusat latihan, memulakan pertukaran pengalaman dan amalan terbaik dalam pensijilan, pengeluaran serta pengedaran barangan dan perkhidmatan halal. Terdahulu kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan di…

Read More

Lawrence Wong angkat sumpah PM Singapura

SINGAPURA 15 Mei –  Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Republik itu yang baharu, di Istana Singapura malam ini. Majlis mengangkat sumpah Perdana Menteri keempat itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam. Wong sebelum ini adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, menggantikan Hsien Loong, 72, yang sudah berkhidmat sebagai Perdana Menteri sejak 2004. Pada 13 Mei lalu, Hsien Loong secara rasmi memaklumkan kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam mengenai hasratnya untuk meletak…

Read More

KPT nafi buka UiTM kepada bukan Bumiputera

PUTRAJAYA  15 Mei – Tidak ada sebarang perbincangan pada peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau Kabinet mengenai cadangan membuka Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada pelajar bukan Bumiputera. Menteri Pendidikan Tinggi,  Dr Zambry Abd Kadir berkata, seperti ditegaskan 2 Mei lalu, KPT tidak pernah membincang atau membenarkan UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera sepertimana yang dimainkan pada hari ini. “Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba menganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekali gus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak, ” katanya dalam kenyataan…

Read More

Bicara pemimpin DAP saman Mastura 2 Sept.

TANJONG 15 Mei – Kes saman fitnah tiga pemimpin DAP terhadap Ahli Parlimen Pas Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad akan mula dibicarakan di mahkamah pada 2 September depan. Keputusan itu dibuat selepas Pengerusi DAP Lim Guan Eng, veteran DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim dan Dr Siti Mastura gagal mencapai persetujuan menyelesaikan saman fitnah melalui proses mediasi, hari ini. Peguam  Sankara Narayanan Nair yang mewakili Guan Eng, Kit Siang dan Kok berkata proses mediasi bermula 11 pagi, tetapi sesi ini tidak berjaya setelah semua pihak…

Read More

Tahanan rumah selepas selesai kes 1MDB

PUTRAJAYA 15 Mei – Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi bekas Perdana Menteri itu selesai. Demikian pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika wawancara dengan Bloomberg pada Forum Ekonomi Qatar (DEF) 2024 di Doha semalam. Anwar menjelaskan bahawa beliau akan hanya mengesyorkan demikian jika pandangannya diminta oleh Seri Paduka tetapi tidak akan melangkaui kuasa Yang di-Pertuan Agong itu. “Jika Agong meminta nasihat saya, saya akan berkata, Tuanku, lalui proses itu,” katanya dalam slot khas…

Read More

Serangan di Gaza semakin sengit

KAHERAH: Kereta kebal Israel memasuki beberapa kawasan perumahan di sempadan selatan Gaza manakala pasukan pertahanan Israel (IDF) mengepung utara kawasan itu selepas beberapa serangan paling sengit, yang didakwa menyasarkan kubu dan terowong digunakan pejuang Hamas. Israel mendakwa empat batalion Hamas masih bersembunyi di Rafah dan menegaskan serangan itu terpaksa dilakukan. Jurucakap Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari berkata, tentera Israel berjaya membunuh kira-kira 100 pejuang Hamas di kubu mereka yang terletak di 10 laluan terowong dan menemui banyak senjata di Rafah sejak bermulanya operasi seminggu lalu. Pertempuran semakin sengit di seluruh…

Read More

Perubahan iklim didorong manusia?

SINGAPURA: Sepasukan saintis antarabangsa mendakwa suhu melampau di seluruh Asia bulan lalu menjadi lebih teruk berbanding biasa, berkemungkinan besar akibat perubahan iklim didorong perbuatan manusia. Berbilion penduduk seluruh benua Asia terjejas oleh suhu yang memecah rekod sepanjang April, dengan sekolah terpaksa ditutup, tanaman rosak dan ratusan orang terbunuh akibat penyakit berkaitan haba. Demikian menurut laporan pakar iklim Kumpulan Kesan Cuaca Sedunia yang turut mengaitkan pada April, Myanmar, Laos dan Vietnam mengalami hari paling panas dalam rekod , manakala suhu di India mencecah setinggi 46 darjah Celsius, “Dari Gaza ke Delhi…

Read More