BANGKOK 29;April – Thailand dan Brunei menegaskan semula komitmen mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini. Dalam satu kenyataan bersama, Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah melahirkan rasa puas hati dengan hubungan baik yang telah lama terjalin Kedua-dua negara akan terus mengukuhkan kerjasama dalam bidang yang saling menguntungkan seperti kerjasama politik, ekonomi, pertukaran rakyat dengan rakyat, perubahan iklim dan pembangunan serantau. “Kedua-dua negara mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, industri halal,…
Read MoreMonth: April 2024
Polis, SPR diminta bertindak isu logo UMNO DAP
HULU SELANGOR 29 April – Pemuda UMNO Selangor mendesak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap provokasi oleh penyokong Perikatan Nasional (PN) yang mencantumkan logo UMNO dan DAP pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Sabtu lalu. Ketua Pemuda UMNO Selangor, Datuk Imran Tamrin, berkata tindakan jelas menyalahi Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. “Tindakan itu memang jelas dan sengaja dilakukan PN melalui penyokongnya dengan niat jahat mendatangkan rasa sakit hati atau tidak senang yang boleh membawa perpecahan…
Read MoreATM lancar Tabung Tragedi Lumut 24
KUALA LUMPUR 29 April. Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hari ini melancarkan Tabung Tragedi Lumut 24 bagi membantu keluarga 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pada 23 April lalu. Markas ATM dalam kenyataan, hari ini berkata tabung khas itu ditubuhkan atas inisiatif Kementerian Pertahanan dan ATM bagi memudahkan orang ramai dan warga ATM menyalurkan bantuan kepada semua keluarga mangsa. Menurut kenyataan itu, Tabung Tragedi Lumut 24 ini akan diaktifkan bermula hari ini sehingga akhir Jun depan. Ianya bertujuan bagi memudahkan warga ATM dan orang…
Read MoreMing Youn tamatkan latihan asas komando
MELAKA 29 April – Mahu mencabar mendorong graduan Universiti Tunku Abdul Rahman menyertai Askar Wataniah seterusnya muncul sebagai penuntut tunggal berbangsa Cina yang berjaya menamatkan Latihan Kursus Asas Komando, hari ini. Leftenan Muda Chan Ming Youn, graduan jurusan perakaunan itu berkata, sebelum ini beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan dalam bidang ketenteraan, namun segala-galanya berubah ketika menyertai Askar Wataniah. Ketika ditemui, Ming Youn berkata minat untuk menyertai latihan komando itu timbul selepas mengikuti program Askar Wataniah semasa di universiti .Rahman. Beliau mengakui, sebelum ini dia tidak mempunyai sebarang pengetahuan dalam bidang…
Read MorePas nafi boikot jentera PN PRK KKB
HULU SELANGOR 29 April – Pas menafikan dakwaan parti itu memboikot jentera Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, susulan ketidakhadiran pemimpin mereka pada hari penamaan calon. Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Sukri Omar, berkata penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Perlis adalah antara punca ketidakhadiran pemimpin Pas Pusat yang perlu menghadiri majlis berkenaan kelmarin. Beliau berkata, pada hari yang sama, parti turut dijadual mengadakan mesyuarat Pas Pusat dan ketetapan itu dimuktamadkan sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penting PRK DUN…
Read MoreSatu lagi pertuduhan menanti Chegu Bard
KUALA LUMPUR 29 April – Selepas menghadapi dua pertuduhan hari ini, Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard akan berdepan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru esok, berhubung hantaran mengenai projek kasino di Forest City menerusi media sosial. Ketika mengesahkan demikian hari ini, beliau mendakwa akan dituduh mengikut Akta Hasutan 1948. “Komentar saya di muka buku saya berkenaan nak membuka kasino yang dilaporkan Bloomberg. Hantaran saya menyatakan Bloomberg dan Business Times (Singapore) punya pautan, tetapi sampai hari ini Bloomberg tak ‘diusik’ bulu roma. AMK…
Read MoreCalon PH pula tunjuk Sijil UPSR, SPM
KUALA KUBU BHARU 29 April – Selepas seorang anggota Parlimen pembangkang bertanyakan latar belakang pendidikannya, calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu tampil menunjukkan sijil kelulusannya. Pang Sock Tao, 31, muat naik di Facebooknya dengan mendedahkan beliau menamatkan sesi persekolahan menengahnya di Sekolah Menengah (SM) Chung Hua Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau turut memuat naik transkrip Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan empat (A+), serta tiga (A-) dan tiga (A). Beliau turut memaparkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang didudukinya di…
Read MoreChegu Bard hadapi tuduhan fitnah, hasut
KUALA LUMPUR 29 April – Badrul Hisham Shaharin, 45 atau lebih dikenali Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua tuduhan memfitnah dan menghasut untuk merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu itu mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali. Mengikut pertuduhan, Chegu Bard didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah di mana beliau mempunyai sebab untuk percaya bahawa ia akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong. Kesalahan didakwa dilakukan di Istana Negara, pukul 6 petang pada 22 Januari lalu mengikut…
Read MorePrinsip perjuangan UMNO tidak berubah
TANGGA BATU 29 April – Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa UMNO tidak pernah apologetik dalam soal perjuangan khususnya berkaitan agama Islam, bangsa Melayu dan Bumiputera serta Raja-raja Melayu. Katanya, sekalipun UMNO berada dalam Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai oleh DAP namun prinsip perjuangan UMNO tidak pernah berubah. Jangan rasa bersalah, jangan apologetik bercakap soal Islam. UMNO tidak pernah meninggalkan asas perjuangannya malah akan terus membela agama. “Walaupun hari ini UMNO berada bersama Kerajaan Perpaduan namun prinsipnya tidak luntur sama sekali sepertimana dakwaan sesetengah pihak dengan pelbagai…
Read MoreRombakan Kabinet Thailand
BANGKOK 29 April – Rombakan Kabinet Thailand semalam menyaksikan enam menteri Kabinet baharu dilantik termasuk bekas Pengerusi Bursa Saham Thailand, Pichai Chunhavajira, sebagai Menteri Kewangan Perdana Menteri, Srettha Thavisin menggugurkan empat menteri termasuk Menteri Kesihatan Awam, Cholnan Srikaew, bekas ketua parti Pheu Thai dan tokoh utama dalam rundingan pembentukan kerajaan campuran yang memerintah sekarang, . Dalam rombakan Kabinet sulungnya sejak kerajaan pimpinan Srettha mengambil alih pentadbiran Thailand September tahun lalu, Srettha yang sebelum ini juga Menteri Kewangan hanya mengekalkan jawatan Perdana Menterinya. Pichai yang mengambil alih jawatan Menteri Kewangan daripada…
Read More