Biden kritik arahan Texas

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengkritik tindakan Gabenor Texas dan Mississippi kerana menarik balik arahan pemakaian pelitup muka di tempat awam dan menyifatkan keputusan itu satu kesilapan besar.

“Saya harap semua orang sedar bahawa pelitup muka ini mampu memberi perubahan kepada kita. Ini kerana kita dalam usaha untuk melakukan satu norma baharu yang mencegah jangkitan pandemik,” kata Biden.

Malah, katanya, ia bukan pendekatan sebenar perlu dilakukan walaupun ketika ini vaksin sudah mula diperoleh kebanyakan negara.

Kata Biden lagi, apa yang diperlukan ialah pemikiran “Neanderthal” atau primitif pada ketika ini dalam memastikan semua tindakan dilakukan dengan baik demi kebaikan warga AS.

Sebelum ini Texas yang merekodkan lebih 42,000 kematian akibat Covid-19 mengumumkan menarik balik arahan pemakaian pelitup muka mandatori di negeri itu yang dilaksanakan susulan jangkitan pandemik Covid-19.

Gabenor Greg Abbot bagaimanapun berkata orang ramai masih perlu mengikuti saranan lain yang telah dikuatkuasakan.

“Langkah menarik balik arahan mandatori itu tidak bermakna setiap orang perlu mengabaikan tanggungjawab masing-masing dan menjaga kepentingan ahli keluarga masing-masing, rakan dan komuniti,” kata Abbot dalam satu sidang media.

Selain itu, Abbot turut mengumumkan semua jenis perniagaan di Texas dibenarkan dibuka semula bermula Rabu.

Related posts

Leave a Comment