Tidak wajar umum peruntukan menjelang PRK

KUALA LUMPUR 19 April – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyifatkan pengumuman peruntukan RM5.21 juta kepada penduduk di daerah Hulu Selangor menjelang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu sebagai melanggar garis panduan mengenai pilihan raya yang bersih. Pengumuman itu melanggar garis panduan Larangan 3C – tidak bersyarat, tidak berkempen dan tidak bawa calon yang digariskan BERSIH sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 kepada kerajaan bukan sementara (non-caretaker government), seperti Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam konteks PRK. Jawatankuasa Pemandu BERSIH berkata, peruntukan khusus…

Read More

MCA tak kempen PRK jika bukan calon BN

KUALA LUMPUR 19 April – MCA tidak akan berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu sekiranya calon yang dipertandingkan bukan daripada Barisan Nasional (BN). Keputusan itu dibuat susulan mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA yang berlangsung di ibu pejabat parti itu hari ini. “Jawatankuasa mengadakan mesyuarat dan membincangkan mengenai PRK DUN Kuala Kubu Bharu Selangor yang akan diadakan tidak lama lagi. “Selepas pertimbangan teliti, mesyuarat membuat keputusan sebulat suara bahawa jika calon dikemukakan bukan daripada Barisan Nasional (BN), maka MCA tidak akan terlibat dalam sebarang…

Read More

PRK : Gerakan juga sedia calon Melayu

SEPANG 19 April  – Calon Melayu turut disenaraikan Gerakan Selangor untuk mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, 11 Mei ini. Pengerusi Gerakan Selangor, Henry Teoh Kien Hong, berkata nama tiga calon itu yang mewakili pelbagai latar belakang dan kaum sudah dikemukakan awal minggu ini termasuk anak tempatan yang juga aktif di Gerakan Bahagian Hulu Selangor. “Tiga calon sudah dikemukakan dan seorangnya daripadanya adalah calon Melayu manakala seorang calon lagi anak tempatan dan aktif di Gerakan bahagian,” katanya seperti dilaporkan…

Read More

Elak umum projek menjelang PRK

SEPANG 10 April – Pengumuman projek kerajaan oleh pimpinan parti pemerintah menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) sepatutnya dielakkan atas nama integriti yang berkaitan tatakelola dan elemen nilai murni. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, ketika Perdana Menteri sedang fokus untuk menaikkan martabat integriti negara, para menteri mestilah seiring melaksanakan etika yang murni ini. Katanya, meskipun ia tidak melanggar mana-mana peraturan atau undang-undang sedia ada, tindakan mengumumkan sesuatu projek kerajaan menjelang kempen PRK di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, adalah tidak sesuai. “Perdana Menteri dan kebanyakkan…

Read More

Ismail Said mohon maaf isu buang beras

TEMERLOH 19 April – Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Dr Ismail Mohamed Said memohon maaf kepada semua pihak atas kekhilafan dalam memantau cara pelupusan barangan dapur termasuk beras yang tular di media sosial semalam. “Saya bertanggungjawab penuh dan sangat menyesali perkara ini, Saya ambil maklum dan terima kasih atas keprihatinan serta sensitiviti rakyat Malaysia terhadap isu yang tular berkaitan pelupusan beras dan barang dapur,” katanya. Lewat petang semalam, tular gambar puluhan kampit beras, tin sardin, tepung dan barangan makanan lain dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur…

Read More

Calon wakili Kerajaan Perpaduan bukan parti

KUALA LUMPUR 19 April – Calon yang diturunkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, nanti akan mewakili Kerajaan Perpaduan dan bukan atas nama parti dalam gabungan itu. Pengerusi penyelarasan gerak kerja jentera Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN Kuala Kubu Bharu,  Dr Zambry Abdul Kadir, berkata calon berkenaan sedang dikenal pasti. “Sesiapa pun yang masuk gelanggang tentunya dengan hasrat untuk menang. Jadi, kita akan susun gerak kerja dan program-program yang baik untuk meyakinkan rakyat dan membawa misi politik yang baik, iaitu ‘politik kesederhanaan’ daripada Kerajaan…

Read More

PBS, STAR meterai kerjasama politik

PENAMPANG – Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) semalam bagi mengukuhkan kerjasama politik antara kedua-dua parti menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah. Kolaborasi politik yang dikenali sebagai Bersatu-Solidariti (BEST) itu ditandatangani oleh Presiden STAR  Dr Jeffrey Kitingan, Timbalan Presiden yang memangku jawatan Presiden PBS,  Dr. Joachim Gunsalam serta Setiausaha Agung Edward Linggu (STAR) dan Julita Majungki (PBS). Hadir sama menyaksikan majlis MoU yang berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan itu ialah Penasihat Perdana PBS, Pairin Kitingan yang juga pengasas PBS. BEST berteraskan…

Read More