SEPANG 15 April – Sempena cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengambil pelbagai inisiatif bagi membantu melancarkan perjalanan pengguna pada waktu puncak sepanjang tempoh perayaan kali ini.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan 27 Mac lalu, inisiatif itu termasuk menyediakan 99 tandas mudah alih yang ditempatkan di 17 kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah plaza tol terpilih.
Di 79 lokasi terpilih, PLUS turut menyediakan tempat letak kenderaan tambahan manakala semua kemudahan awam seperti tandas, surau dan stesen minyak di kawasan rehat dibuka 24 jam.
PLUS turut menempatkan anggota Rela di R&R, hentian sebelah dan plaza tol terpilih untuk pengurusan trafik di samping lebih 4,500 petugas dalam ekosistem lebuh raya untuk memberi bantuan selain 1,500 kakitangan yang membantu operasi di plaza tol.
Sepanjang musim perayaan ini, lebih 1,000 lorong tol beroperasi manakala terdapat lebih 500 anggota rondaan PLUSRonda dan LPT2Ronda bertugas.
Terdahulu tular rungutan pengguna mengenai kemudahan tandas yang menyebabkan mereka beratur panjang di satu hentian sebelah yang sememangnya kemudahan itu terhad.
Nnn
(Foto PLUS ..tandas bergerak di Hentian Sebelah Tangjak arah utara)
