Suspek tembak di KLIA direman esok

KOTA BHARU 15 April- Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ketika ini, polis sedang menyoal siasat dan mengumpul maklumat daripada suspek. “Hari ini kita akan proses dulu (soal siasat) suspek yang kita tahan tadi dan dia berada dalam keadaan sihat. Setelah polis selesai kumpul semua maklumat ke atas suspek, barulah kami akan buat sidang media pada 9 pagi…

Read More

Hentikan jualan Kingu Ginseng Candy

PUTRAJAYA 15 April – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan pihak Lazada memadam kandungan iklan dan penjualan gula-gula ginseng,  “Kingu Ginseng Candy” yang dikesan mengandungi tadalafil. Tadalafil adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk. Ubat-ubat yang mengandungi tadalafil hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor. KKM dalam satu kenyataan menjelaskan, melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) siasatan dan saringan awal yang dilakukan mendapati produk ini dijual secara dalam talian di platform Lazada. Hasil siasatan juga mendapati label produk tidak…

Read More

Lawrence Wong PM Singapura mulai 15 Mei

SEPANG 15 April – Timbalan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong akan mengangjat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu pada 15 Mei depan di Istana. Dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) Republik itu, Wong bakal menggantikan Lee Hsien Loong yang menyandang jawatan tersebut sejak 2004. “Perdana Menteri Lee akan mengosongkan jawatan pada 15 Mei 2024 ini. Wong mendapat sokongan sebulat suara daripada Ahli Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP),” menurut kenyataan itu. Jelas PMO Singapura lagi, Lee secara rasmi akan menasihatkan kepada Presiden untuk melantik Timbalan Perdana Menteri, dan…

Read More

Suspek tembak ditahan di KB

KUALA LUMPUR 15 April  – Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Hafizul Hawari, 38, ditahan di Kota Bharu, Kelantan petang ini. Ketua Polis Negara, Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, berkata suspek ditahan di sebuah lokasi di Kota Bharu, kira-kira pukul 3 petang. Katanya, satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat. Sementara itu, BH online melaporkan suspek ditahan di Jalan Bayam, di hadapan Hospital Pakar Perdana iaitu beberapa…

Read More

Visa umrah berakhir 15 Zulkaedah

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan 15 Zulkaedah (24 Mei) sebagai hari terakhir bagi tamat tempoh visa umrah untuk jemaah yang datang dari luar Arab Saudi. Kementerian itu berkata, tarikh tamat tempoh visa yang diawalkan dari 29 ke 15 Zukaedah itu bertujuan bagi melancarkan perjalanan jemaah haji dari seluruh dunia ke kota suci Makkah dan Madinah untuk ibadah haji tahunan. Selain itu, kementerian turut menjelaskan, tempoh sah visa umrah selama tiga bulan akan bermula dari tarikh pengeluarannya, berbanding tarikh kemasukan ke Arab Saudi seperti yang diluluskan sebelum ini. Kementerian menjelaskan,…

Read More

Lokman mohon maaf, bayar KJ

KUALA LUMPUR 15 April – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam, bersetuju memohon maaf secara terbuka susulan kes fitnah yang difailkan terhadapnya oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Dia juga bersetuju membayar sejumlah pampasan yang tidak dinyatakan jumlahnya sebagai penyelesaian kes. Permohonan maaf secara terbuka oleh Lokman, akan disiarkan menerusi laman Facebook dan saluran YouTube kendaliannya adalah sebahagian daripada syarat penyelesaian saman fitnah Khairy terhadapnya berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan usaha vaksinasi Covid-19 oleh kerajaan di negara ini pada 2021. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan penyelesaian secara…

Read More

PLUS sedia 99 tandas tambahan

SEPANG 15 April – Sempena cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengambil pelbagai inisiatif bagi membantu melancarkan perjalanan pengguna pada waktu puncak sepanjang tempoh perayaan kali ini. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan 27 Mac lalu, inisiatif itu termasuk menyediakan 99 tandas mudah alih yang ditempatkan di 17 kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah plaza tol terpilih. Di 79 lokasi terpilih, PLUS turut menyediakan tempat letak kenderaan tambahan manakala semua kemudahan awam seperti tandas, surau dan stesen minyak di kawasan rehat dibuka 24 jam. PLUS…

Read More