Sultan Ibrahim pemilik pertama Hongqi L5

KUALA LUMPUR 12 April – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menjadi pemilik pertama di dunia menerima sebuah kenderaan kereta buatan China, Hongqi L5 yang dikeluarkan FAW Group. Kereta yang menampilkan rekaan gaya retro ini digunakan pemimpin tertinggi China bagi acara negara serta diplomatik. Menurut Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda berharap Malaysia menggunakan keupayaan untuk memanfaatkan dan meningkatkan jumlah dagangan, pertukaran teknologi serta turut mengembangkan eksport ke China. Baginda juga berharap lebih banyak syarikat China akan melabur di Malaysia, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat di negara…

Read More

Mereka gugur secara automatik

KUALA TERENGGANU 12 April –  Keahlian enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu yang menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sudah tergugur secara automatik dan perlu mengosongkan kerusi masing-masing. Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris, berkata mereka tidak perlu menunggu surat pemecatan, sebaliknya keahlian mereka tergugur selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan usul pindaan Perlembagaan parti itu. Katanya, mereka tidak perlu menunggu notis pemecatan daripada Bersatu sebaliknya kelulusan pindaan perlembagaan parti yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas (EGM) parti itu, 2 Mac lalu, sudah memadai. Parti hanya akan…

Read More

Ehsan terima sumbangan SR1.8 bilion

RIYADH: Platform Kebangsaan untuk Kerja Amal Arab Saudi (Ehsan) mengumumkan sumbangan bagi Kempen Kebangsaan untuk Kerja Amal yang keempat sudah menjangkaui SR1.8 bilion ($480 juta). Sumbangan itu dikumpul dari hari ke-5 hingga ke-30 dalam bulan Ramadan dengan  sumbangan terbesar oleh Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman serta Putera Mahkota dan Perdana Menteri Putera Mohammed bin Salman, yang menghulurkan sebanyak SR70 juta (S$25 juta). Sepanjang kempen tersebut, sifat pemurah para penderma terserlah dengan lebih 16 juta urus niaga. Antara penyumbang adalah Saudi Aramco (SR35 juta), ROSHN (SR30 juta), King Abdullah Foundation…

Read More

Rasuah: Hartawan dijatuhi hukuman mati

HO CHI MINH CITY: Seorang hartawan terkenal Vietnam, Truong My Lan, 85 dijatuhi hukuman mati dalam satu daripada kes rasuah terbesar dalam sejarah dengan anggaran ganti rugi bernilai AS$27 bilion (RM128.19 bilion). Panel tiga juri dan dua hakim menolak semua hujah pembelaan pengerusi pemaju utama Van Thinh Phat itu yang didapati bersalah menipu wang tunai daripada Saigon Commercial Bank (SCB) selama sedekad. Menurut keputusan perbicaraan di hab perniagaan selatan Ho Chi Minh City itu, selama lima minggu, tindakan defendan menghakis kepercayaan orang ramai terhadap kepimpinan parti (Komunis) dan negeri Hartawan wanita…

Read More