Sultan Ibrahim pemilik pertama Hongqi L5

KUALA LUMPUR 12 April – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menjadi pemilik pertama di dunia menerima sebuah kenderaan kereta buatan China, Hongqi L5 yang dikeluarkan FAW Group.

Kereta yang menampilkan rekaan gaya retro ini digunakan pemimpin tertinggi China bagi acara negara serta diplomatik.

Menurut Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda berharap Malaysia menggunakan keupayaan untuk memanfaatkan dan meningkatkan jumlah dagangan, pertukaran teknologi serta turut mengembangkan eksport ke China.

Baginda juga berharap lebih banyak syarikat China akan melabur di Malaysia, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat di negara ini

Pertemuan bersama baginda itu bagi membincangkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan China serta isu semasa berkaitan dua negara.

“Dalam sesi menghadap ini, Seri Paduka turut berkenan memberikan pandangan mengenai hala tuju hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara dan keperluan untuk mengenal pasti peluang kerjasama yang lebih luas,” kata Facebook itu.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Presiden FAW Hongqi Global, Wang Lingyu; tokoh perniagaan Lim Kok Thay dan Lim Chee Wah.

Related posts

Leave a Comment