HO CHI MINH CITY: Seorang hartawan terkenal Vietnam, Truong My Lan, 85 dijatuhi hukuman mati dalam satu daripada kes rasuah terbesar dalam sejarah dengan anggaran ganti rugi bernilai AS$27 bilion (RM128.19 bilion).
Panel tiga juri dan dua hakim menolak semua hujah pembelaan pengerusi pemaju utama Van Thinh Phat itu yang didapati bersalah menipu wang tunai daripada Saigon Commercial Bank (SCB) selama sedekad.
Menurut keputusan perbicaraan di hab perniagaan selatan Ho Chi Minh City itu, selama lima minggu, tindakan defendan menghakis kepercayaan orang ramai terhadap kepimpinan parti (Komunis) dan negeri
Hartawan wanita itu menafikan tuduhan itu dan menyalahkan orang bawahannya dan sebanyak, 85 yang lain turut menghadapi keputusan dan hukuman atas tuduhan yang terdiri daripada rasuah serta salah guna kuasa kepada peruntukan dan pelanggaran undang-undang perbankan.
Lan menggelapkan AS$12.5 bilion (RM59.34 bilion), namun pendakwa raya hari ini berkata, jumlah kerosakan yang disebabkan oleh penipuan itu kini berjumlah AS$27 bilion (RM128.19 bilion), angka yang bersamaan enam peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK 2023) negara.
Hukuman mati adalah hukuman yang luar biasa dijatuhkan dalam kes sedemikian.
Penahanan Lan dan beberapa individu adalah sebahagian daripada tindakan membanteras rasuah di negara itu.
Ramai pegawai dan ahli elit perniagaan Vietnam disiasat berhubung rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Lan dalam ucapan terakhir kepada mahkamah minggu lalu berkata, dia terfikir untuk membunuh diri.
Memetik laporan media kerajaan, beliau berkata:
“Saya sangat marah kerana cukup bodoh untuk membabitkan diri dalam persekitaran perniagaan yang sangat sengit, sektor perbankan, yang saya kurang mengetahuinya,”.
