PUTRAJAYA 10 April – Tiga kawasan di Lembah Klang – Klang, Banting dan Cheras terus mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat hari ini.
Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) melalui kemas kini sehingga pukul 10 pagi ini menunjukkan IPU tidak sihat terus direkodkan di tiga daerah berkenaan sejak semalam.
Bacaan IPU APIMS menunjukkan di Banting merekodkan 159, manakala Cheras 155 dan Klang 153.
Selain itu, data juga menunjukkan sejumlah 45 kawasan berada di bawah paras kualiti udara sederhana iaitu bacaan antara 51 dan 100, manakala 20 kawasan berada di bawah paras baik iaitu dari 0 hingga 50.
Antaranya Petaling Jaya, Johan Setia, Shah Alam, Seremban, Rompin, Pulau Pinang dan Alor Setar.
Bacaan IPU antara 201 dan 300 adalah sangat tidak sihat manakala 300 dan ke atas adalah berbahaya.
