SEPANG 10 April – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan lima langkah keselamatan sebagai petua dan nasihat perjalanan yang bermatlamat memastikan keselamatan pengguna jalan raya sempena musim perayaan Aidilfitri ini. Lima langkah itu adalah mengurangkan kelajuan, memakai tali pinggang keledar, menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak, memastikan tidur dan rehat mencukupi serta memilih menggunakan pengangkutan awam. Perunding Pencegahan Kecederaan dan Keselamatan Jalan Raya di Pejabat Perwakilan WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapura, Dr Kulanthayan Mani, turut menekankan, kesan ketara kelajuan terhadap keselamatan jalan raya yang boleh menyebabkan kecederaan dan kemalangan. “Pengurangan kelajuan memberi…
Read MoreDay: April 10, 2024
UiTM catat pencapaian terbaik
SEPANG 10 April – Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencatat pencapaian terbaik dalam sejarah universitinya apabila 18 subjek merentasi empat bidang utama disenaraikan dalam Quacquarelli Symonds World University Rankings (QS-WUR) by Subject 2024 yang diumumkan hari ini. Dalam satu kenyataan, UiTM memaklumkan, kejayaan itu sekali gus mengatasi pencapaian tahun lalu dengan 13 subjek merentasi tiga bidang utama. “Tahun ini, 1,561 institusi disenaraikan merentasi 55 subjek dan lima bidang utama. Antara pencapaian paling ketara tahun ini ialah subjek Fizik dan Astronomi yang disenaraikan buat kali pertama dalam sejarah UiTM dengan berada dalam…
Read MoreIstiqamah lakukan kebaikan selepas Ramadan
BANGI 10 April – Masyarakat Islam diajak untuk terus istiqamah melakukan kebaikan dan tidak berbuat dosa selepas meraikan kemenangan menjalani riadah atau latihan dalam membina, mempertaut serta memperkukuh hubungan diri dengan Allah SWT dan sesama manusia. Khatib, Prof Madya Dr Mohd Farid Ravi Abdullah berkata, Syawal dan bulan-bulan seterusnya perlu memperlihatkan dan membuktikan seorang mukmin dengan keimanan yang kuat dan keikhlasan diri, terus dapat meletakkan kedudukannya di dunia untuk kebahagiaan di akhirat. “Menjaga dengan baik hubungan dengan Allah SWT dengan taat dan yakin, kita hendaklah terus menjaga hubungan sesama manusia…
Read MoreMiki…
Seri Paduka sertai solat Aidilfitri
KUALA LUMPUR 10 April – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara di sini, hari ini. Keberangkatan tiba baginda berdua pada pukul 8.23 pagi diiringi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri. Ini kali pertama Seri Paduka Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri di Istana Negara selepas melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu. Solat sunat Aidilfitri yang disertai kira-kira 200 jemaah dipimpin Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Munir…
Read MoreSelamat Hari Raya Aidilfitri
IPU tidak sihat 3 daerah kekal
PUTRAJAYA 10 April – Tiga kawasan di Lembah Klang – Klang, Banting dan Cheras terus mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat hari ini. Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) melalui kemas kini sehingga pukul 10 pagi ini menunjukkan IPU tidak sihat terus direkodkan di tiga daerah berkenaan sejak semalam. Bacaan IPU APIMS menunjukkan di Banting merekodkan 159, manakala Cheras 155 dan Klang 153. Selain itu, data juga menunjukkan sejumlah 45 kawasan berada di bawah paras kualiti udara sederhana iaitu bacaan antara 51 dan 100, manakala 20 kawasan berada…
Read More