Johor pantau isu kasut “kalimah Allah”

JOHOR BAHRU 7 April – Sejumlah kasut wanita yang mempunyai tulisan menyerupai kalimah Allah pada tapak kasutnya, dirampas dalam serbuan bersepadu yang diadakan, petang tadi bagi tujuan siasatan lanjut, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata pemantauan dilakukan susulan tular media sosial berkenaan dakwaan terdapat rekaan yang dikatakan mirip kalimah Allah pada tapak kasut jenama tempatan. Katanya, pemantauan dan semakan telah diarahkan dilakukan di pusat-pusat membeli belah di negeri ini ke atas penjualan kasut berkenaan. “Pemantauan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM); Bahagian Penguatkuasa, Jabatan…

Read More

Tiada niat hina agama, kepercayaan

SEPANG 7 April – Pengurusan Vern’s Holding Sdn Bhd, memohon maaf berhubung logo kasut tumit tinggi keluarannya yang pada pandangan mereka disalah tafsir sehingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini. Syarikat itu dalam kenyataannya menjelaskan pihaknya sama sekali tidak berniat untuk menghasilkan reka bentuk logo yang bertujuan untuk memperlekeh atau menghina mana-mana agama atau kepercayaan. “Untuk pengetahuan semua, logo ini 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi, seperti yang tertera di gambar yang dilampirkan. Bagaimanapun, kami akui terdapat kekurangan pada rekaan logo…

Read More

PSB bubar, anggota parti sertai PDP

SIBU 7 April – Parti Sarawak Bersatu (PSB) dibubarkan dan ahlinya kini menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) pimpinan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing. Susulan pembubaran itu, bekas Presiden PSB,  Wong Soon Koh, dilantik sebagai Naib Presiden Kanan PDP. King Sing, berkata mesyuarat Majlis Tertinggi PDP malam tadi juga sebulat suara melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa, dan ADUN Ba’kelalan, Baru Bian, sebagai Naib Presiden PDP. Beliau berkata, pelantikan Soon Koh adalah mengikut perlembagaan parti setelah mengambil kira pengalaman luas yang beliau miliki.…

Read More

Melaka cadang Bazar Aidilfitri berpusat tahun depan

MELAKA 7 April – Kerajaan Negeri Melaka berhasrat menambah baik penganjuran Bazar Aidilfitri mulai tahun depan termasuk cadangan membuka satu kawasan di Banda Hilir bagi penganjuran bazar berpusat, sekali gus menjadi ikonik baharu tarikan pelancongan. Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh, berkata jajaran baharu yang dicadangkan akan meliputi Jalan Jonker sehingga ‘Pahlawan Walk’ yang menyediakan ruang niaga lebih besar dan menarik. “Menerusi kaedah ini, bazar Aidilfitri di Jalan Hang Tuah, Klebang dan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) akan digabungkan di satu lokasi sebagai bazar terbesar di negeri ini. “Kita bercadang tidak…

Read More

Akta siasat Dr Akmal bersifat kuku besi, zalim

SEPANG 7 April –  Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh tidak sepatutnya disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kedua-dua akta itu bersifat kuku besi dan zalim yang sering disebut akta yang draconian. Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata beliau memahami keperitan dialami kerana pernah disiasat, dituduh dan dibicarakan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Hassan berkata, Ketua Pemuda UMNO itu sewajarnya disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang lebih adil dan berpatutan yang berkait kesalahan mungkin…

Read More

Darurat selepas kekurangan air domestik

HANOI: Vietnam mengisytiharkan darurat susulan beribu-ribu penduduk mengalami kekurangan air tawar yang ‘teruk’ kerana kemarau dan salinisasi. Pengisytiharan darurat disebabkan kekurangan air untuk kegunaan domestik diumumkan semalam untuk daerah Tan Phu Dong. Gelombang haba yang berlaku selama berminggu-minggu membawa kepada kemarau dan penerobosan garam ke kawasan wilayah Tien Giang, 60 kilometer (km) di selatan hab perniagaan Ho Chi Minh City. Kawasan Tan Phu Dong di wilayah itu dengan garisan pantai sepanjang 12km di sepanjang Laut China Selatan, bersilang dengan laluan air terjejas teruk. Salinasi iaitu penerobosan air masin dari laut,…

Read More