Love Raya: MCMC ambil keterangan Aliff Syukri

SEPANG 3 April – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam percakapan usahawan, Aliff Syukri Kamarzaman berhubung klip video lagu berjudul Love Raya yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini. Dalam satu kenyataan, MCMC memaklumkan, pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil keterangan usahawan kosmetik itu di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, dekat sini. Rakaman percakapan itu adalah susulan aduan yang diterima oleh MCMC berhubung kandungan video teaser hari raya yang dimuat naik usahawan itu di media sosial. Menurut kenyataan itu, selepas kertas siasatan siap, ianya akan diserahkan kepada Peguam Negara…

Read More

Menteri diarah kerap turun padang

PUTRAJAYA 3 April- Perdana Menteri  Anwar Ibrahim mengarahkan semua Jemaah Menteri supaya meluangkan lebih masa turun padang meninjau isu harga dan kuantiti barangan di pasaran. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata arahan itu disampaikan Perdana Menteri kepada semua menteri pada mesyuarat Kabinet hari ini. “Perdana Menteri menegaskan supaya menteri-menteri meluangkan lebih banyak masa untuk turun padang melihat sendiri keadaan termasuk dalam isu berkaitan harga barang atau kuantiti barangan di pasaran. “Ini susulan maklum balas diterima Perdana Menteri pada siri program dihadiri beliau (sebelum ini),” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet…

Read More

Pengasas KK Mart menghadap Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR 3 April – Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd,  Dr Chai Kee Kan, mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bagi memohon maaf berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’. Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Kee Kan selama 15 minit di Istana Negara, hari ini. Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Dr Chai memohon ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam berhubung isu penjualan stoking itu. Pada pertemuan itu, baginda bertitah semua pihak termasuk KK Mart perlu lebih…

Read More

MT UMNO arah henti isu KK Mart

KOTA KINABALU 3 April – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sudah mengarahkan Ketua Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Saleh, untuk menghentikan isu stoking kalimah Allah yang dikaitkan dengan kedai serbaneka, KK Mart. Ahli MKT, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata tidak timbul soal bersetuju atau tidak dengan tindakan Akmal menekan KK Mart dalam isu itu, memandangkan keputusan sudah dibuat oleh UMNO yang mahu perkara itu dihentikan. Memetik laporan BH, Bung Moktar berkata, Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, sendiri yang meminta agar perkara itu dihentikan dan tidak lagi dijadikan isu. “Presiden…

Read More

Tujuh wakil rakyat Bersatu diberi peluang

KUALA TERENGGANU 3 April – Tujuh ahli Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, diberi peluang menetapkan pendirian masing-masing semula, walaupun keahlian mereka tergugur secara automatik, berkuat kuasa Ahad lalu. Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris, berkata enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diberi peluang menetapkan pendirian semula, sebelum tindakan pengguguran sebagai keahlian dilakukan. “Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan menghantar surat kepada tujuh Ahli Parlimen dan seorang ADUN yang mengisytiharkan menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. “Mereka diberi tempoh menyatakan…

Read More

Israel tidak sengaja bunuh 7 anggota WCK

GAZA: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengaku tentera Zionis tidak sengaja membunuh tujuh individu yang bekerja dengan badan amal Amerika Syarikat (AS) World Central Kitchen (WCK) dalam serangan udara di sini. WCK sebelum ini berkata, serangan bersasar dilancarkan oleh tentera Israel pada Isnin membunuh pekerjanya, termasuk warganegara Australia, British, Palestin, Poland dan Amerika Syarikat (AS)-Kanada. Susulan serangan yang membunuh tiga warganya, Britain memanggil duta Israel ke London untuk mendengar penjelasan, selain menuntut Israel bertanggungjawab penuh. Mengulas kejadian itu, Netanyahu menyifatkan itu sebagai kes tragis sambil memberi jaminan pihaknya akan menjalankan…

Read More

Annuar sedia pertimbang sertai PRK

BUKIT MERTAJAM 3 April – Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Annuar Musa akan mempertimbangkan secara serius jika mendapat pelawaan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen yang berkemungkinan bakal dikosongkan susulan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan pindaan Perlembagaan Bersatu. Bekas Ahli Parlimen Ketereh yang dipecat daripada UMNO dan menyertai Pas itu bagaimanapun tidak akan sesekali melobi untuk dirinya dicalonkan kerana bertentangan prinsip serta amalannya. “Saya (sebelum ini) berkhidmat selama lapan penggal (sebagai ahli Parlimen) yang saya rasa (tempoh) itu sudah mencukupi, tetapi jika rakyat masih percayakan saya dan mahukan saya bertanding sebagai…

Read More

UMNO Sabah tampil muka baharu

KOTA KINABALU 3 April – UMNO Sabah telah mengenal pasti muka baharu untuk diturunkan sebagai calon di 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) nanti. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Bung Moktar Radin berkata, muka baharu berkenaan sudah diminta selalu turun padang berjumpa rakyat di kawasan masing-masing. Bbagaimanapun beliau menjelaskan setakat ini, pihaknya belum bersedia mendedahkan nama calon muka baharu yang meliputi anak muda itu, kerana tapisan masih dijalankan. “Kita akan mempertimbangkan setiap calon muka baharu ini dengan sebaik mungkin kerana hakikatnya politik memerlukan proses…

Read More