Menteri diarah kerap turun padang

PUTRAJAYA 3 April- Perdana Menteri  Anwar Ibrahim mengarahkan semua Jemaah Menteri supaya meluangkan lebih masa turun padang meninjau isu harga dan kuantiti barangan di pasaran.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata arahan itu disampaikan Perdana Menteri kepada semua menteri pada mesyuarat Kabinet hari ini.

“Perdana Menteri menegaskan supaya menteri-menteri meluangkan lebih banyak masa untuk turun padang melihat sendiri keadaan termasuk dalam isu berkaitan harga barang atau kuantiti barangan di pasaran.

“Ini susulan maklum balas diterima Perdana Menteri pada siri program dihadiri beliau (sebelum ini),” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Menurut Fami, penekanan itu turut disampaikan Perdana Menteri menjelang perayaan Aidilfitri.

Terdahulu tular TikTok yang memaparkan seorang mak cik meminta Perdana Menteri memberi perhatian terhadap harga (barang) mahal, duit ringgit rendah ketika Anwar mengunjungi sebuah bazar Ramadan di Perlis.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Fahmi berkata, beberapa pengumuman penting akan dibuat terutama bagi syarikat pemula niaga pada Sidang Kemuncak KL20 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang akan berlangsung 22 hingga 23 April ini.

“Dalam (mesyuarat) Jemaah Menteri hari ini, ada penegasan mengenai betapa pentingnya program ini untuk mengetengahkan aspek bagi ‘start-up’ ataupun syarikat baharu dimulakan terutama bidang teknologi.

“Insya-Allah selepas Aidilfitri akan ada siri pengumuman ataupun promosi yang akan diterajui oleh Kementerian Ekonomi,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment