Israel tidak sengaja bunuh 7 anggota WCK

GAZA: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengaku tentera Zionis tidak sengaja membunuh tujuh individu yang bekerja dengan badan amal Amerika Syarikat (AS) World Central Kitchen (WCK) dalam serangan udara di sini.

WCK sebelum ini berkata, serangan bersasar dilancarkan oleh tentera Israel pada Isnin membunuh pekerjanya, termasuk warganegara Australia, British, Palestin, Poland dan Amerika Syarikat (AS)-Kanada.

Susulan serangan yang membunuh tiga warganya, Britain memanggil duta Israel ke London untuk mendengar penjelasan, selain menuntut Israel bertanggungjawab penuh.

Mengulas kejadian itu, Netanyahu menyifatkan itu sebagai kes tragis sambil memberi jaminan pihaknya akan menjalankan siasatan penuh. Bagaimanapun, Netanyahu langsung tidak membuat permohonan maaf atas kematian itu.

Berikutan kehilangan nyawa yang tragis itu, Presiden Israel, Isaac Herzog, memohon maaf kepada Pengasas WCK, Jose Andres.

Related posts

Leave a Comment