PUTRAJAYA 31 Mac – Setakat pukul 11.59 malam 30 Mac, sebanyak 10.61 juta rakyat Malaysia mengemaskini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan berakhir hari ini.
Selangor menjadi negeri paling tinggi mengemaskini PADU iaitu sebanyak 1.56 juta diikuti Johor (1.10 juta), Perak (0.98 juta), Sarawak (0.90 juta), Sabah (0.83 juta) dan Kedah (0.76 juta).
Kelantan merekodkan 0.76 juta, Kuala Lumpur (0.57 juta), Pulau Pinang (0.56 juta), Pahang (0.55 juta), Terengganu (0.46 juta), Negeri Sembilan (0.42 juta), Melaka (0.30 juta), Perlis (0.11 juta), Putrajaya (0.3 juta) dan Labuan (0.2 juta).
Orang ramai yang belum mengemaskini maklumat mereka masih boleh berbuat demikian menerusi laman sesawang https://www.padu.gov.my atau di kaunter PADU berdekatan hari ini.
Pada 23 Mac lalu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan berkata kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan proses pendaftaran serta kemas kini sistem PADU kerana kerajaan perlu mematuhi jadual bagi membolehkan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi.
